SURIA FM terus mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya menarik lebih 3.3 juta pendengar seminggu sekali gus menunjukkan peningkatan signifikan sebanyak 292,000 pendengar atau 10 peratus berbanding kajian sebelumnya.
Statistik itu berdasarkan keputusan terkini kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2024.
Segmen Suria Cinta kendalian DJ Lin yang bersiaran setiap Ahad hingga Jumaat, bermula pukul 8 malam hingga 1 pagi mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan tertinggi dalam kalangan segmen utama Suria FM iaitu sebanyak 341,000 pendengar (33 peratus),
BACA LAGI: Suria FM kongsi rezeki, tawar RM36,000 untuk pendengar setia
BACA LAGI: Suria FM tawar sebahagian RM30,000 kepada pendengar menerusi peraduan 'Selit Duit Suria'
Ia diikuti segmen Gaya Suria dan Muzik Top Suria kelolaan Cik Piah setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 10 pagi hingga 3 petang sebanyak 303,000 pendengar (23 peratus).
Sementara itu, sebanyak 170,000 pendengar (12 peratus) peningkatan berjaya dicatatkan segmen Morning Morning Suria kendalian Ajak, Datuk Fizz Fairuz dan Suraya manakala Suria Petang yang dihoskan oleh Sharifah Shahirah, Chiwan, dan Kai Hassan pula sebanyak 152,000 pendengar (9 peratus).
Suria FM mencatatkan jumlah pendengar mingguan sebanyak 3.3 juta.
Suria Cinta turut mencatatkan peningkatan pendengar eksklusif antara stesen radio berbahasa Malaysia yang ketara sebanyak 184,000 pendengar (32 peratus), diikuti oleh segmen Suria Petang, 175,000 (29 peratus), segmen Gaya Suria dan Muzik Top Suria 143,000 (25 peratus) dan Morning Morning Suria 92,000 (15 peratus).
Terus mendominasi catatan pendengar tertinggi, Suria Cinta meraih jumlah masa pendengar mingguan tertinggi (Weekly Time Spent Listening) selama 3 jam 11 minit dalam kalangan segmen utama di Suria.
Mengulas lanjut pencapaian itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid ataupun DJ Lin, meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak dan pendengar setia atas sokongan diberikan terhadap Suria FM.
"Kami amat gembira dengan keputusan kaji selidik bagi Wave 2, 2024 yang menunjukkan Suria FM terus menjadi pilihan utama pendengar radio di Malaysia. Pencapaian ini adalah hasil komitmen padu dan kerja keras seluruh kru Suria yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk para pendengar.
"Kami komited untuk terus memperkukuhkan jenama Suria agar kekal relevan dan menjadi pilihan pendengar di Malaysia serta terus berusaha menghasilkan kandungan yang menarik dan dekat di hati pendengar,” katanya.
Untuk rekod, Suria FM menunjukkan peningkatan luar biasa pada segmen hujung minggu yang berjaya meraih peningkatan jumlah pendengar sebanyak 231,000 (11 peratus) berbanding Wave 1, 2024, sekali gus memperkukuhkan lagi posisi Suria FM sebagai salah satu radio pilihan utama pendengar di Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram