PENGARAH tersohor Dr Ahmad Idham, 50, memberikan teguran sinis terhadap kenyataan dibuat seorang pelakon meningkat naik yang mendakwa terdapat budaya buli di set penggambaran dalam kalangan artis senior.
Tegas menolak dakwaan itu, Ahmad Idham menasihatkan agar perkara terbabit terlebih dahulu dimaklumkan kepada pengarah sebelum dihebohkan kepada media.
BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor
BACA LAGI: [VIDEO] Pernah berkongsi pentas lawak, Ebby Yus terima kunjungan bekas ratu cantik Jepun
"Kepada kamu semua yang masuk industri tanpa ilmu ni, saya nak maklum ya, pengarah adalah ketua kapal di set penggambaran.
"Sekiranya ada insiden buli oleh pelakon senior seperti dikatakan oleh mamat seorang ni, awak semua boleh saja maklum kepada pengarah bukannya kepada pihak media.
"Nak dapat publisiti pun jangan sampai wujudkan persepsi negatif ya Mat," katanya menerusi InstaStory pada Rabu.
Hantaran InstaStory Ahmad Idham berhubung dakwaan buli seorang pelakon BBNU baru-baru ini.
Terdahulu, terdapat laporan menyebut pelakon Alif Muhaimin mendedahkan budaya buli dalam kalangan artis senior sudah menjadi kelaziman terhadap pendatang baharu dalam industri yang sering diberikan layanan buruk.
Jelasnya lagi, perkara itu pernah berlaku di depan matanya sendiri dan menganggap ia sebagai satu perkara yang boleh menjatuhkan industri tanah air. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram