Suria FM tawar sebahagian RM30,000 kepada pendengar menerusi peraduan 'Selit Duit Suria'


  • Hiburan
  • Sabtu, 30 Sep 2023

Pendengar Suria FM berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai RM30,000 menerusi peraduan ‘Selit Duit Suria’!

BERITA baik buat semua pendengar Suria FM! Bermula 2 hingga 20 Oktober ini, anda berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai RM30,000 menerusi peraduan ‘Selit Duit Suria’!

Caranya mudah sahaja, untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini, pendengar perlu mencari sekeping sampul yang diletakkan secara rawak di beberapa lokasi berbeza sekitar Lembah Klang, Selangor selama satu jam.

Selepas anda menjumpai sampul tersebut, jangan lupa untuk terus berjumpa dengan Suria Wheels yang menantikan anda di lokasi dan tuntut wang tunai sebanyak RM100 daripada mereka.

Sekiranya tiada pendengar yang menemui sampul tersebut, sampul akan diselitkan di lokasi lain dan wang tunai akan digandakan.

SELIT DUIT_FEEDS_MECHANIC_1080X1_ (1)

Klu bagi setiap lokasi dan info tambahan akan diberitahu menerusi segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang, Suria Cinta juga di laman sosial Suria Malaysia.

Nantikan klu bagi setiap lokasi dan segala info tambahan di segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang, Suria Cinta juga di laman sosial Suria Malaysia.

Lebih menarik, pemenang juga berpeluang memenangi hadiah bertuah pada waktu bonus dengan hanya menyebut kata laluan kepada Suria Wheels yang dikongsikan di Instagram Suria FM bagi melayakkan diri ke pusingan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Selit Duit Suria, anda boleh layari laman web Suria di suria.my dan laman sosial Suria Malaysia di :

Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram