PELAKON Fattah Amin, 34, meluangkan masa bersama anaknya, Nur Fatima Aisya selepas hak penjagaan penuh diserahkan kepada Fazura.
Mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak, Fattah walau bagaimanapun masih dibenarkan bermalam sebanyak dua kali sebulan dan lawatan tiga kali seminggu bertemu Fatima.
Menerusi perkongsian di laman Instagram pada Selasa, pelakon filem Pendekar Awang itu dilihat sedang bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah terkemuka ibu negara bersama anaknya.
BACA LAGI: Jam RM50,000 pernah dicuri kenalan, Iqbal Zulkefli syukur pembantu rumah jujur sejak setahun bekerja
BACA LAGI: [VIDEO] Pernah berkongsi pentas lawak, Ebby Yus terima kunjungan bekas ratu cantik Jepun
Meskipun sudah menginjak usia empat tahun, sisi manja Fatima bersama bapanya jelas terpancar apabila masih didukung Fattah yang cukup menyayangi anaknya.
"Daddy tak kisah dukung Fatima selalu walaupun Fatima dah besar, because you'll forever be my precious baby," katanya.
Terdahulu, peguam mewakili Fattah iaitu Syamimi Ab Rahman menjelaskan kedua-dua pelakon itu menyatakan persetujuan bersama berhubung hak penjagaan anaknya.
Jelasnya, hak penjagaan diberikan sepenuhnya kepada Fazura selaku ibu kandung.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga sejak 2017. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram