USAHAWAN selebriti terkenal, Iqbal Zulkefli, 30, atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli, meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang pembantu rumah yang baik dan ikhlas menjalankan tugas sejak hari pertama bekerja kira-kira setahun lalu.
Pernah kehilangan jam dan laptop bernilai lebih RM50,000, Iqbal mendedahkan barangan di kediamannya lebih selamat sejak pembantu rumahnya, Mimi diambil bekerja.
Berkongsi cerita di laman Instagram, bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) itu mendedahkan bahawa dia tidak pernah melarang pembantu rumahnya menggunakan telefon ketika bekerja.
BACA LAGI: [VIDEO] Pernah berkongsi pentas lawak, Ebby Yus terima kunjungan bekas ratu cantik Jepun
BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor
"Dari hari pertama, saya tidak pernah melarang Mina menggunakan telefon. Apa yang saya makan, itulah hidangan dia juga.
"Saya tidak suka aturkan hidup orang, apatah lagi sikap peribadi. Jika orang itu datangnya sudah baik, maka ia baik. Andai ada yang mencuri, tidak amanah, maka saya buang, kerana rumah ini bukan pusat pemulihan akhlak, ia adalah keluarga.
"Pernah tahun lalu, kenalan saya mencuri jam bernilai RM50,000 dan ada yang cuba curi laptop saya yang berharga RM20,000. Saya tidak buat laporan dan langsung tidak bertanya. Wang boleh dicari, kejujuran tidak boleh dibeli," katanya.
Malah, Iqbal turut menghormati watku bekerja pembantu rumahnya yang sentiasa menepati masa dan berdisiplin setiap masa.
Jelasnya, dia sentiasa membayar gaji lebih dan tidak pernah meminta tolong selepas tamat waktu bekerjanya iaitu pada pukul 10 malam.
"Setiap pukul 10 malam, Mina akan rehat dan saya tidak pernah sesekali minta tolong dia selepas pukul 10 malam. Tepat 6.30 pagi dia bangun, saya pernah tengok sekali sahaja Mina bangun lambat.
"Memanglah diikutkan gaji Mina lebih berkali ganda dengan orang lain. Namun saya tidak kisah malah setiap bulan saya akan hulurkan lebih sebab dia tidak pernah berkira dalam membantu saya.
"Sebab itu, jika datang orang baik dalam hidup saya, sedaya upaya saya jaga hubungan itu semoga berkekalan," katanya.
Terdahulu, impian Iqbal untuk memiliki seorang anak akhirnya dimakbulkan Tuhan selepas mengambil seorang anak angkat lelaki pada 2022.
Bekas peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu kini masih giat mengembangkan perniagaannya selain turut pernah mencuba nasib menjadi penyanyi menerusi lagu berjudul Hujan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram