DUNIA motosikal semakin hebat dengan pengeluaran pelbagai jenis model bagi memenuhi citarasa pengguna. Scrambler adalah pecahan daripada jenis-jenis motosikal lasak dan karakternya memang ganas kerana sering digunakan di permukaan jalan tidak bertar atau popular panggil off road.
Kini terdapat beberapa jenama telah mengeluarkan sebuah model motosikal ala-ala scrambler tetapi lebih lembut dan comel ketika berada di atas jalan. Antaranya model yang sedang meningkat naik ialah Aveta Ranger Max Explorer, CT125 Hunter Cub dan Yamaha PG-1.
Penggunaannya bukan setakat di permukaan off road malah ramai individu telah menunggang model-model tersebut sebagai kegunaan kasual.
BACA LAGI: Anak-anak buah Aidil Sharin bersedia bertarung lawan pasukan 'sempurna' seperti JDT
BACA LAGI: Aidil Sharin kekal ‘cool’ dengan peningkatan The Cats
Mungkin kerana rupa bentuknya yang comel dan tidak terlalu besar. Malah spesifikasi yang berjaya menarik minat ramai termasuk wanita adalah fungsi klac kaki dan tidak menggunakan klac tangan.
Semudah menekan klac di kaki untuk menukar transmisi macam motosikal biasa, senang bukan?. Jadi lelaki pun bergaya untuk membawanya, wanita juga comel ketika menungganginya.
Aksi Aveta Ranger Max Explorer yang nampak kecil tapi lasak meredahkan permukaan off road.
Selain itu, beratnya juga sederhana ringan sahaja. Bagi Aveta Ranger Max Explorer hanya seberat 125 kilogram (KG), CT125 Hunter Cub pula 118KG dan Yamaha PG-1 (107KG).
Jadi penunggang tidaklah berasa takut apabila menaikinya, umpama membawa skuter tetapi menggunakan enjin dan klac kaki.
Bukan setakat itu, terdapat beberapa pemilik sudah pun mengujinya untuk jarak perjalanan yang jauh tiada sebarang masalah yang terjadi sepanjang perjalanan. Cumanya perlu isi minyak beberapa kali kerana tangki minyaknya tidak sebesar motosikal berkuasa tinggi.
Motosikal serba yang boleh mampu menampung barang perkhemahan untuk aktiviti motocamp.
Ini termasuk menggunakan jentera dua roda untuk menjalankan aktiviti perkhemahan motosikal atau motocamp.
Model tersebut boleh menampung beg besar dan barangan keperluan perkhemahan seperti baju, kerusi healing berlipat dan beberapa lagi dengan pemasangan aksesori tambahan pada motosikal tersebut, sangat mudah dan serasi.
Semudah menekan klac di kaki untuk menukar transmisi, prestasi motosikal tersebut mudah untuk ditunggangi.
Maka adakah ia berbaloi untuk dimiliki? Bagi mereka yang meminatinya dikongsikan harga yang ditawarkan untuk memberikan anda masa berfikir dan membuat percaturan.
Bagi Aveta Ranger Max Explorer menawarkan harga bermula RM6,988 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) manakala Yamaha PG-1 bermula dari RM6,998. CT125 Hunter Cub pula bermula 407,000 yen (anggaran RM16,000) namun dikhabarkan masih belum masuk pasaran Malaysia.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram