BERBICARA mengenai ego sebuah kereta yang dibina oleh syarikat automotif gergasi, pastinya ia merujuk kepada penghasilan sebuah kenderaan yang luar biasa, bukan saja soal reka bentuk tetapi juga ciri yang ditampilkan.
Sesetengah pihak berpendapat idea untuk mengeluarkan kenderaan dengan ciri-ciri yang terlalu hebat adalah karut dan mustahil. Namun dengan keegoan dan keyakinan yang ada, telah dibuktikan bahawasanya ia bukan sebuah angan-angan.
Sebagai contoh, penghasilan kenderaan tanpa pemandu seperti Tesla antara kenderaan yang kerap diperkatakan sebagai mustahil satu ketika dulu. Tetapi kini? Lihat sendiri betapa hebatnya pembangunan kenderaan tersebut di muka bumi.
BACA LAGI: Pustakawan patut dianggap barisan hadapan, anak jati Tenom teroka ragam, kelebihan perpustakaan
BACA LAGI: [VIDEO] 'Percaya duit Tuhan bagi', realisasi impian anak asnaf jumpa CR7 lepas bayar zakat RM1juta
Model Mercedes 300 SL Tesla merupakan hasil binaan gabungan dua jenama iaitu Mercedes dan Tesla.— Agensi
Mercedes 300 SL Tesla
Namun, model Tesla bukanlah kereta yang ingin dibincangkan sebaliknya model yang ingin dikongsikan ialah daripada gabungan dua jenama hebat iaitu Mercedes dan Tesla itu sendiri.
Mercedes 300 SL Tesla adalah lambang keegoan baharu dalam dunia automotif sehinggakan wujudnya ayat berbaur 'bongkak', 'Inilah Tesla yang dikuasakan oleh Mercedes".
Pemegang pintu kereta Tesla model 3 digunakan termasuk kemasan dan logonya di bahagian tengah stereng.— Agensi
Mengetengahkan rupa luaran seperti sebuah model klasik dengan lambang logo Mercedes terpampang di tengah bonet, bahagian pemegang pintunya menggunakan rekaan bentuk kereta Tesla model 3.
Ini termasuk kemasan dan logo Tesla di bahagian tengah stereng dan port pengecas elektrik yang sama seperti kereta elektrik lain.
Harga yang ditawarkan ialah AS$1.6 juta (RM6,945,068.54) dan ia hanya mempunyai satu unit sahaja di dunia.
Model Bugatti Pour L' Eternite Tourbillion terhad sebanyak 250 unit sahaja. — Agensi
Bugatti Pour L' Eternite Tourbillion.
Sebuah lagi jenama gergasi yang menjadi salah sebuah kenderaan miliki bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo iaitu Bugatti. Jenama tersebut mencampakkan egonya dalam dunia automotif dengan pembinaan Bugatti Pour L' Eternite Tourbillion.
Bagi kenderaan tersebut, ego yang ditunjukkan adalah pada di bahagian rekaan papan pemuka kereta dengan kemasan yang begitu mewah dan garang.
Stereng dan dail yang diinpirasikan daripada jenama jam tangan mewah Jacob & Co.— Agensi
Jarum serta analog pada dial meter kereta pula diperbuat daripada aluminium dan bukannya plastik bahkan hampir semua diperbuat dari bahan tersebut. Harga yang ditawarkan bermula RM19,968,549 dan unitnya terhad kepada 250 units.
Persoalnya mengapa jenama seperti itu mengeluarkan kereta sebegitu rupa sedangkan tidak lagi ditempah atau dimiliki oleh sesiapapun? Siapakah yang boleh membelinya?
Sekali lagi, inilah yang dikatakan ego sebuah kereta. Sungguhpun anda memiliki duit yang banyak dan bergelar jutawan atau pendapatan anda berada dalam kelompok T15, belum tentu lagi kereta-kereta seperti ini boleh dibeli.
Pembelian kenderaan perlu seiring dengan status simbol peribadi seseorang itu atau dalam erti kata lain berpengaruh tinggi seperti ahli politik atau kerabat diraja.
Ini kerana keegoan sesebuah jenama kenderaan boleh tercalar jika kereta tersebut dibeli oleh orang biasa.
Maka, kereta-kereta seperti itu bukan sekadar mewah, laju dan mahal bahkan ia turut menjadi imej serta jenama yang perlu dipelihara dengan cukup baik oleh setiap pemilik kenderaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram