DUNIA kenderaan elektrik (EV) kini dilihat semakin berkembang dengan kemasukan dan pembinaan pelbagai model kereta tersebut di pasaran dunia dengan harga mampu milik.
Tidak kurang hebat jenama tempatan yang telah bersiap sedia dengan produk EV keluaran sendiri untuk memperlihatkan kekuatan dan daya saing kenderaan tersebut dengan jenama luar negara.
Jadi buat mereka yang merancang ingin memiliki kereta EV, ini lima model yang dicadangkan akan dan telah masuk ke pasaran Malaysia bagi merancakkan lagi dunia automotif.
BACA LAGI: Polis Ipoh tahan guru penolong kanan, disyaki beberapa kali cabul murid darjah 6
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal pergi ke tandas ketika Subuh, lelaki maut dibaham harimau di Gerik
Gac Aion Y Plus.
Gac Aion Y Plus
Moden dan futuristik, itulah yang boleh digambarkan terhadap sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) EV daripada TC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) iaitu EV Gac Aion Y Plus.
Jenama yang berasal dari Guangzhou, China itu hadir dalam dua pilihan varian iaitu Elite dan Premium. Harga yang ditawarkan bagi kedua-duanya pula masih relevan iaitu RM135,800 (Premium) dan RM 119,800 (Elite).
Sementara itu, pengguna turut ditawarkan dua pakej aksesori dengan kemasan khusus untuk pemanduan Gac Aion Y PLus antaranya, Set Gaya Hidup Pengembaraan Luar.
Ia dilengkapi dengan set perkhemahan jenama kereta itu sendiri dan wayar kabel pengecas V2L (untuk varian Premium sahaja).
Sebuah lagi dipanggil Set Teater Mudah Alih ‘Me-Time’. Kemasan dalaman tersebut diolah menjadi seperti pawagam dalam kereta membolehkan pemandu serta penumpang menikmati tontonan filem yang unik bersama peranti video dalam kereta dengan ruang yang luas.
Menggunakan pek bateri jenis lithium iron phosphate (LFP) dengan kapasiti kuasa 63.2 kilowatt per jam (kWj), model itu mampu menghasilkan jarak gerak sehingga 490 kilometer sejam (km/j).
Bagi sistem pengecasan, kedua-dua menggunakan input arus ulang alik (AC) 6.6 kilowatt (kw) dan pengecasan pantas arus terus (DC) 80kw.
Kedua-dua varian Elite dan Premium berkongsi e-motor yang dipasang di hadapan yang sama dengan kuasa output sehingga 150kw dan 225 newton meter (Nm) yang memacu roda hadapan.
Neta V menawarkan waranti seumur hidup dengan perlindungan untuk komponen bateri, motor dan unit kawalan motor.
Neta V
Model NetaV antara jenama baharu yang telah masuk di pasaran Malaysia. Kenderaan tersebut berjaya menarik perhatian pengunjung kerana menawarkan waranti seumur hidup dengan perlindungan untuk komponen bateri, motor dan unit kawalan motor.
Neta V menggunakan bateri Lithium-Ion berkapasiti 38.5kWj buatan CATL, dengan 94 kuasa kuda (hp) dan 150Nm. Ia mempunyai jarak gerak sejauh 380km dan kelajuan maksimum 120kmj.
Selain itu, ia menggunakan AC 6.6kw dan pengecas DC sehingga 100kw yang boleh ditentukan mengikut tetapan disediakan.
GWM Ora 07 memiliki sistem keselamatan komprehensif pintar bagi memastikan pengalaman pemanduan yang selamat.
GWM Ora 07
Great Wall Motor (GWM) Ora turut mengetengahkan sebuah lagi model terbaharu dengan wajah yang lebih mewah dan berprestij iaitu Ora 07.
Didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Long Range Ultra dengan pacuan roda hadapan (FWD) dan varian Performance dengan pacuan semua roda (AWD).
Kedua-duanya ditawarkan pada harga RM169,800 (Long Range Ultra) dan RM189,800 (Performance) dengan ia menawarkan tiga pilihan warna iaitu kelabu, ungu dan putih.
Bagi Long Range Ultra, ia memberikan jarak gerak maksimum hingga 170kmj manakala Performance (550kmj)
Model kali ini menggunakan kapasiti pek bateri jenis Ternary lithium dengan kuasa sebanyak 83.5kwj dan tempoh mengecas dari 30-80 peratus dalam masa 32 minit menggunakan pengecasan pantas DC 88kw.
ORA 07 juga lengkap dengan 28 sistem keselamatan komprehensif pintar seperti brek kecemasan automatik, sistem bantuan tukar lorong (LCA) dan banyak lagi bagi memastikan pengalaman pemanduan yang selamat.
Perodua Emo-i merupakan prototaip kali pertama EV buatan Perodua.
Perodua Emo-i.
Kehadiran EV membuktikan kemajuan industri automotif negara menerusi pengeluaran model tersebut oleh jenama baharu dan sedia ada.
Perodua tidak terlepas untuk mempamerkan prototaip kali pertama EV yang dikenali sebagai Emo-i.
Nama lain bagi prototaip tersebut dikenali sebagai Myvi Conversion yang menjadi asas kepada pembuat kereta kompak dan menjadi bayangan reka bentuk kereta yang akan dikeluarkan.
Kemudian, pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan oleh syarikat yang berpangkalan di Australia.
Prestasi yang ada pada model berkenaan menunjukkan jarak gerak 350km dan 220Nm itu dikuasakan oleh bateri Prismatic Li-ion Nickel Manganese Cobalt dengan kapasiti 55.7kWj.
Bagaimanapun, kerjasama yang sudah bermula sejak September 2022 itu menegaskan wajah model EV yang sebenar masih dalam proses pembangunan.
Proton e.MAS bakal diperkenalkan menjelang awal 2025.
Proton e.MAS
Tidak ketinggalan, kereta jenama negara Proton juga telah mendedahkan bayangan kereta EV mereka yang pertama diberi nama e.MAS dan bakal diperkenalkan menjelang awal 2025.
Jenama itu juga telah merancang untuk mengeluarkan lima lagi model EV yang pertama menjelang tahun depan. Proton menegaskan bahawa e.MAS7 bukan sebuah produk Geely Galaxy E5 yang dibuat semula.
Sebaliknya, pembuat e.MAS7 dibangunkan bersama Geely dan telah direka bentuk untuk menyampaikan dinamik pemanduan yang boleh menampung tahap jalan raya Malaysia.
EV yang merupakan kenderaan SUV itu memiliki panjang 4,615mm, lebar (1,901mm) dan tinggi (1,670mm) manakala ia juga mempunyai jarak roda 2,750mm.
Menurut Proton, Proton e.MAS 7 telah menjalani ujian yang ketat dengan 700,000 waktu kerja dan 10 juta kilometer dilakukan untuk mengesahkan ketahanan dan kebolehpercayaannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram