‘Saya hanya ada satu nombor telefon, tiada isteri kedua’, Ayob Khan terkejut individu menyamar Timbalan KPN


  • 112
  • Selasa, 29 Okt 2024

Timbalan KPN itu menegaskan individu yang menyamar sebagai beliau di media sosial bukanlah dirinya.

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan terdapat individu yang menyamar sebagai beliau di media sosial.

Bimbang orang ramai terpedaya, Ayob menekankan bahawa beliau tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkenaan dan hanya memiliki satu nombor telefon.

"Saya tidak mempunyai banyak nombor, hanya satu dan saya tidak mempunyai isteri kedua. Tidak pasti mengapa seseorang itu berpura-pura menyamar menjadi saya tetapi saya yakin orang ramai tidak akan tertipu.

"Saya juga ada kerja lain dan tiada masa untuk buat grup WhatsApp," katanya ketika berada ibu pejabat polis kontinjen Kelantan pada Selasa.

BACA LAGI: Polis Seremban kejar pemandu sejauh 16km, suspek ada 16 rekod kes lampau

BACA LAGI: Aminuddin ditemui selamat di kawasan LRT PWTC awal pagi Selasa

Rentetan daripada perkara tersebut, ramai rakan beliau telah menghubunginya memaklumkan mengenai nombor yang kononnya baharu untuk mendapatkan pengesahan. Ayob mengesahkan laporan polis telah difailkan untuk membuka kertas siasatan.

“Insya-ALLAH kita akan mengesan individu terbabit,” maklumnya.

Polis sedang menyiasat seorang individu yang berpura-pura sebagai 'Datuk Ayob Khan Mydin' di dalam sebuah grup WhatsApp yang menjemput orang lain untuk menyertai kumpulan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menjelaskan Ayob tidak pernah mengendalikan mana-mana kumpulan WhatsApp khas.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan penyamar ini boleh mengelirukan orang ramai dan berpotensi merosakkan imej pasukan polis. — The Star/LO TERN CHERN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram