Pernah jadi destinasi peledak berbisa kelab Pantai Timur, Shah Alam Antlers dedikasi wujud ikatan kolektif kelab bola sepak komuniti


  • Podium
  • Sabtu, 19 Okt 2024

Shah Alam Antlers menunjukkan sebuah gelombang bagi mempamerkan kekuatan kelab yang berasaskan bandar tersebut di dalam dunia bola sepak.

BERHASRAT untuk menjadi pasukan bertaraf antarabangsa, kelab bola sepak komuniti Shah Alam Antlers yang merupakan pasukan semi-pro Malaysia yakin dengan acuan sendiri. Bukan saja terkenal dalam kalangan penduduk Shah Alam, kelab tersebut memiliki peminat melangkaui seluruh negeri dan negara.

Pegawai Perhubungan Awam, Asif Lokman berkata, penubuhan Shah Alam Antlers menunjukkan sebuah gelombang bagi mempamerkan kekuatan kelab berasaskan bandar tersebut di dalam dunia bola sepak.

“Kelab yang berasaskan sebuah bandar ini boleh dikatakan telah berjaya dari sudut perkembangan dunia bola sepak. Kejayaan yang dimaksudkan bukanlah pasukan ini sudah dapat bermain liga atasan seperti Liga Super dalam masa terdekat.

“Namun ia lebih kepada menjadikan landasan atau platform kepada anak-anak muda di Shah Alam untuk bermain dan memulakan karier sebagai pemain bola sepak,” katanya.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

2693113

Chijioke ketika bergelar pemain Shah Alam Antlers dalam SCL. Facebook/SCL

Selain itu, pemain import juga telah menjadikan destinasi awal mereka untuk bermain bersama pasukan komuniti tersebut sebelum mereka mendapat perhatian daripada kelab-kelab besar. Ia terbukti apabila pada 2016, terdapat beberapa pemain yang berjaya mendapat tempat di pasukan yang lebih tinggi.

“Contohnya, sekarang penyerang kelab Terengganu di peringkat Liga Super, Nnabuike Chijioke Chukwu merupakan pemain dari Shah Alam Antlers sebelum ini. Ini termasuk import kami, Shekoo yang bermain sudah bermain di kelab VRN Muangnonti Liga 3 Thailand,” maklumnya.

Di samping itu, kerjasama strategik telah dijalankan dengan pelaksanaan satu gerakan kolektif bersama enam kelab bola sepak komuniti lain sekitar Malaysia.

449652183_18329119201134648_4707616103171884122_n

Finest City Alliance kolektif yang berdedikasi untuk mempromosikan semangat bola sepak komuniti tempatan.

Shah Alam Antlers bersama enam kelab secara rasminya telah membentuk Finest City Alliance, sebuah ikatan kolektif yang berdedikasi untuk mempromosikan semangat termasuk memupuk hubungan baik antara bola sepak komuniti yang ada di bandar-bandar seluruh Malaysia.

“Kami beranggapan bukan kami sahaja yang ada di Malaysia, jadi pergerakan ini bertujuan untuk membawa kesedaran terhadap kumpulan-kumpulan seperti ini boleh ditubuhkan di mana-mana sahaja. Asalkan kita semua menyokong antara satu sama lain,” kongsinya.

454550262_18334269742134648_9064604864478954689_n

Shah Alam Antlers menjana pendapatan dengan menjadikan jersi sebagai platform pengiklanan.

Melihat kejayaan berperingkat yang ingin dicapai oleh Shah Alam Antlers, Asif tidak menafikan cabaran utama yang dihadapi sepanjang perjalanan yang dibina adalah penajaan.

“Jujur saya katakan, kami bukan individu ‘besar‘ seperti kelab-kelab amatur lain yang selalunya ada penaja (funder) yang memiliki latar belakang kewangan kukuh untuk membuat pelaburan dalam menjalankan operasi liga bola sepak. Satu liga saja boleh mencecah kos RM30,000,” jelasnya.

Menyedari Shah Alam Antlers milik semua penyokong dan bukan dimiliki individu kaya raya, organisasi bola sepak itu mengendalikan kegiatan mereka dengan beroperasi sebagai agensi pemasaran.

“Antara kaedah yang kami gunakan untuk menjana pendapatan adalah dengan menjadikan jersi kami sebagai platform pengiklanan termasuk penggunaan platform digital untuk tujuan promosi,” katanya.

245670555_1267173433751995_332585533192734226_n

Shah Alam Antlers berpegang teguh terhadap sokongan peminat yang menjadi kunci utama pejuang kelab.

Kunci pengukuhan kelab berkenaan adalah mereka sangat berpegang kepada penyertaan dan sokongan daripada penyokong mereka.

“Individu-individu yang dari mulanya hanya menyokong Shah Alam Antlers sekarang hadir untuk menyumbang bukan sahaja tenaga, malah idea serta rangkaian untuk pasukan ini lebih bergerak maju ke depan.

"Dari situ kita nampak ketulusan mereka di luar sana yang ingin melihat kelab komuniti kami terus hidup di persada dunia bola sepak tanah air,” ujarnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram