BERBICARA mengenai dunia motosikal, kini terdapat pelbagai model yang dibangunkan bagi memberi kesesuaian peminat motosikal yang juga mengikut kemampuan mengikut golongan yang ingin memilikinya.
Pelbagai jenis model motosikal telah didedahkan kepada umum pada tahun ini untuk pasaran 2025 menerusi acara-acara permotoran yang berlangsung sepanjang 2024.
Tetapi timbul persoalan sama ada adakah model tersebut benar-benar masuk ke pasaran Malaysia atau tidak.
Ini disebabkan tarikh atau jangkaan masa penjualan masih tidak dapat dikenal pasti tetapi desas-desus mengatakan produk automotif ini akan masuk ke pasaran Malaysia pada tahun depan.
BACA LAGI: Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella berat sebelah, tak berasas
Pada masa sama, mungkin segelintir daripada peminat dunia permotoran tidak mengetahui terdapat beberapa model tidak jadi masuk ke pasaran Malaysia walaupun sebelum ini diwar-warkan akan menemuan peminat motor tempatan.
Berikut adalah antara model tidak masuk dan kemungkinan bakal masuk ke dalam pasaran Malaysia pada 2025.
Yamaha R3
Yamaha R3
Yamaha R3 antara yang hangat diperkatakan tidak masuk untuk pasaran Malaysia memandangkan rupa bentuknya seakan-akan model R25 yang memiliki jumlah komuniti besar di Malaysia. Mungkin juga atas sebab jumlah komuniti R25 menyebabkan model tersebut tidak relevan dipertaruhkan di Malaysia.
Bukan setakat di negara jiran tapi kebanyakan negara Eropah ada menawarkan model R3 dengan harga lebih kurang RM24,059.94.
Walaupun ramai yang berminat kerana rupanya yang agak comel dan garang tetapi disebabkan ia menggunakan enjin 321cc, DOHC, inline twin-cylinder, 8 valves yang menghasilkan kuasa maksimum 36hp sama seperti R25.
Walaupun model tersebut bakal dikeluarkan versi 2025 tahun depan, masih tiada khabar tentang kemasukannya di pasaran tempatan.
Yamaha Tenere 700.
Yamaha Tenere 700
Sebuah lagi motosikal kategori Dual-Purpose iaitu model Yamaha Tenere 700 juga dikhabarkan tidak jadi masuk Malaysia dan hanya dijual di pasaran Filipina dan Thailand.
Model tersebut dikatakan tidak sesuai di Malaysia kerana ia lebih memfokuskan kepada jualan segmen tahap rendah dan demografik tersebut ini tidak meluas di Malaysia.
Dijana oleh enjin CP2, 689cc parallel-twin engine, prestasinya mampu menghamburkan kuasa sekitar 72.4hp. Bagaimanapun Yamaha Tenere 700 baru-baru ni telah rasmi masuk ke dalam pasaran tempatan namun ia adalah model pemasangan tempatan (CKD) dan harga yang ditawarkan agak mahal sedikit bermula dari RM69,988.
Bagaimanapun bila bercakap mengenai kemasukan model motosikal, percaturan utama untuk sesebuah model di dalam pasaran adalah landskap kuasa pembelian.
Indonesia boleh dikatakan antara negara yang paling tinggi kuasa pembelian motosikal kerana populasinya tinggi dan kebanyakan masyarakatnya menggunakan motosikal, tambahan lagi dengan faktor muka bumi yang sesuai dengan model motor tersebut.
Thunder 250.
Thunder 250
Beralih pula kepada model motosikal terbaharu yang hangat diperkatakan mungkin akan masuk ke pasaran.
Terdapat beberapa pengeluar rasmi Malaysia telah mendedahkan jentera baharu tersebut menerusi acara-acara permotoran.
Antaranya ialah produk Thunder Motorcycle's, Thunder 250 yang membuat penampilan pertamanya di Art of Speed Malaysia 2024 baru-baru ini.
Ia adalah hasil kerjasama pembina dari Jepun dan China memaparkan rangka Springer, yang menjadikannya pilihan menarik dalam segmennya selepas Harley Davidson.
Memang ramai yang tertarik apabila melalui reruai motosikal tersebut ketika itu. Dikuasakan oleh enjin V-twin, penyejuk udaranya berasal dari Yamaha XV250 Virago.
Thunder 250 mempunyai gaya yang serupa dengan wajah jalanan yang direka oleh pembina Shinya Kimura dari Zero Engineering. Rangka tegar ini menjadi ciri utama dalam penyesuaian cruiser dan unik dalam barisan model kelas 250cc yang biasanya lebih sederhana.
Dengan harga sekitar 6713 USD, Thunder 250 mungkin kelihatan lebih mahal dan difahamkan akan masuk ke pasaran pada tahun depan tanpa mengetahui anggaran harga sebenar.
Inilah motosikal yang terkini yang menjadi bualan mulut ramai tentang pengesahannya yang akan masuk Malaysia atau tidak.
Benar ia dimaklumkan akan masuk pada 2025 namun apabila ditanya anggaran harga dan tarikh jualan? Tiada jawapan.
Ini bermaksud kepastian untuk ia dijual di pasaran tempatan juga masih lagi belum dapat dikenal pasti.
BENDA LFS 700
BENDA LFS 700
Sebuah lagi jentera dua roda dengan dua varian di bawah jenama Benda telah diperkenalkan oleh pengeluar rasmi MForce Bike Holdings (MForce Bike) di Malaysia Autoshow 2024 iaitu jentera roadster BENDA LFS 700 (BD700-3) dan motosikal cruiser BENDA LFC 700 (BD700-2).
Kedua-dua model yang diperbuat oleh syarikat China itu berkongsi tren kuasa sama termasuk kotak gear akan tetapi output kuasa di tala sedikit perbezaan membabitkan nisbah kelajuan dan daya kilasnya berbeza.
LFC 700 merupakan motosikal segmen sport cruiser menawarkan 84.5hp pada 10,000 rpm manakala model premium (High Power) hadir dengan 92.5hp pada 11,000rpm dan jentera itu setakat ini telah sah akan amsuk pada awal 2025.
Berat kasar 235kg dan memiliki rangka yang besar dengan ketinggi dari tempat duduk 695mm, anggaran harga jual masing-masing dijual adalah bermula pada harga RM24,940 dan 45,800 RM29,430. Harga sebenar untuk pasaran Malaysia masih belum dapat dikenal pasti.
Maka dengan itu bersiap sedialah dengan pelancaran model-model terbaharu yang bakal masuk ke dalam pasaran Malaysia kerana menjelang penghujung tahun terdapat pelbagai lagi model-model yang akan muncul dan dedahkan kepada orang ramai.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram