SUDAH menjadi kelaziman buat golongan kanak-kanak meminati dan menonton kartun animasi yang bersiaran di televisyen mahupun laman media.
Malah, kemajuan teknologi masa kini seperti penggunaan gajet secara meluas turut membawa perubahan terhadap tontonan si kecil yang lebih terdedah kepada siaran luar negara.
Baru-baru ini, siri video komedi Skibidi Toilet tular dalam kalangan kanak-kanak ekoran tarian serta lagu temanya yang dianggap unik, semakin menjadi ikutan ramai.
BACA LAGI: Tayangan perdana di Belanda, Mencari Ramlee tersenarai ke Festival Filem Rotterdam
Namun, perkongsian seorang penceramah motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang menjalankan ceramah di sebuah sekolah rendah baru-baru ini mendedahkan sisi gelap trend tarian Skibidi tersebut.
Beliau meminta kesemua pesertanya tampil menyatakan contoh jenis maksiat diketahui di papan putih, ia cukup mengejutkan apabila rata-rata jawapan ditinggalkan cukup negatif yang dianggap tidak bersesuaian dengan peringkat usia mereka.
Paling mencuri tumpuan adalah apabila kartun Skibidi turut tersenarai dalam perkongsian tersebut.
Perkongsian Akhi Fairuz Al-Jengkawi di laman Facebook.
"Ayat saya mudah sahaja, jika adik-adik tahu apa itu maksiat atau ada rakan-rakan kita yang buat perkara berkenaan, sila datang ke depan dan tulis di papan putih.
"Yang penting jangan mention nama sesiapa dan inilah jawapan mereka, murid lelaki dan perempuan tahun 5 dan 6," ujarnya di laman Facebook pada Jumaat.
Justeru, hal itu sekali gus membuktikan betapa kartun tersebut membawa pengaruh negatif terhadap golongan kanak-kanak.
Tambahnya lagi, isu berkenaan berlaku ekoran ketiadaan ibu bapa di rumah yang terlampau sibuk bekerja hingga mengakibatkan anak-anak terdedah kepada gajet dengan majoritinya merupakan keluarga sederhana yang tinggal di rumah flat.
"Majoriti anak-anak ini dalam kalangan keluarga sederhana dan ke bawah, tinggal di rumah flat. Pendedahan mereka kepada hal sedemikian amatlah menyedihkan sampai guru kaunselor mengadu kat saya pening kepala nak kendali kes-kes murid," katanya.
Bahkan, sebilangan kanak-kanak dikatakan turut mempunyai kumpulan WhatsApp yang sering berkongsi gambar lucah dan pornografi.
"Sedih ramai ibu bapa tak sedar sejauh mana anak-anak mereka dah terdedah kepada pornografi," katanya kesal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram