'PDRM tolonglah ambil tindakan, sekat perhimpunan 'tribute' Liam Payne di KL'


  • Hiburan
  • Khamis, 24 Okt 2024

Satu perhimpunan khas akan diadakan di ibu negara bagi memperingati pemergian penyanyi kumpulan One Direction, Liam Payne.

PEMERGIAN anggota kumpulan pop One Direction, Liam Payne, 31, pada minggu lalu masih dirasai peminat yang meratapi kehilangannya.

Malah, peminatnya dari serata dunia telah mengadakan perhimpunan 'tribute' bagi memperingati vokalis kumpulan tersebut.

Indonesia merupakan antara negara di rantau Asia Tenggara yang turut serta menjalankan acara berkenaan baru baru ini.

BACA LAGI: Individu sebar fitnah arwah Siti Sarah cabut lari, padam akaun Instagram lepas Shuib ugut mahu saman

BACA LAGI: [VIDEO] Pelakon otai Roslan Saleh kini buta akibat kencing manis, isteri terpaksa jual daging dendeng demi sesuap nasi

Rata-ratanya berhimpun bagi memberikan penghormatan terakhir buat Payne yang dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

Dalam pada itu, peminat fanatik kumpulan itu dikhabarkan bakal menjalankan upacara sedemikian di ibu negara pada 26 dan 27 Oktober ini.

Menerima tentangan daripada segelintir pihak, rata-rata masyarakat menggesa agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera campur tangan dalam isu tersebut.

"Mohon pihak PDRM ambil tindakan, tolong sekat upacara haram ini di Malaysia," kata Fenz Renzo.

"Dia ada jasa apa pada dunia, penting sangat ke nak buat perhimpunan bagai, baik buat untuk pahlawan yang dah pertahankan tanah Malaysia, pelik zaman sekarang ni," ujar Danial Fuad.

"Jangan la buang masa ikut trend barat, cukup sekadar memperingati dari jauh, tak payah buat himpunan, menangis meratapi yang melampau," tambah M Hafiz.

Terdahulu, rakan karibnya, Zayn Malik, 31, menerusi hantaran di laman Instagram meluahkan kesedihan dan rasa kesalnya kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih pada mendiang Liam.

Menganggap Payne sebagai ahli One Direction yang paling berbakat dalam muzik, hubungan mereka berdua sangat rapat dan telah mula berkenalan sejak usia 17 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram