Bintang Baywatch meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung


  • Hiburan
  • Khamis, 24 Okt 2024

Michael Newman (kiri) merupakan antara pelakon yang membintangi siri drama popular, Baywatch sekitar 1989 hingga 2000.

PELAKON veteran hollywood, Michael Newman, 68, disahkan meninggal dunia akibat mengalami komplikasi jantung pada Selasa.

Terkenal menerusi siri drama Baywatch (1989-2000), Newman secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dipercayai akibat penyakit parkinson dihidapinya sejak 2006.

Pemergian itu nyata meninggalkan seribu satu kesedihan buat keluarga dan rakan karibnya yang pernah berlakon bersamanya.

BACA LAGI: Batik Malaysia ‘mendonia’ angkara Venom, tapi netizen siap tanya chatGPT buktikan batik asal Indonesia

BACA LAGI: Bukan lagi Superman, Henry Cavill cipta legasi adiwira baharu menerusi Voltron

"Saya cukup bernasib baik kerana mempunyai seorang kawan baik seperti Newman , dia telah mengubah hidup saya," kata Felker yang merupakan salah seorang pengarah siri Baywatch.

Jelasnya, Newman yang melakonkan watak utama dalam siri itu sejak 1989 hingga 2000 bukan sahaja seorang wira, malah dianggap sebagai pejuang sepanjang zaman.

"Saya berjumpa Newman sebelum dia meninggal, kebiasaannya dia tak sedarkan diri tetapi apabila saya muncul, keajaiban berlaku kerana dia terjaga dan memandang saya sambil ketawa.

"Itulah Newman yang saya kenal, sentiasa ceria hingga ke penghujung usianya.

"Sebelum saya beredar, dia sempat genggam erat tangan saya, saya hanya mengangguk kepala dan memberitahunya kita akan berjumpa lagi," katanya.

Untuk rekod, Newman merupakan satu-satunya pelakon Baywatch yang berkhidmat sebagai pasukan penyelamat di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Newman merupakan seorang ahli bomba dan meneruskan karier itu selepas tamat menjalani penggambaran siri drama popular tersebut.

Pernah mengulas lanjut berhubung penyakit dialaminya, pelakon itu sentiasa positif dan menganggap ia sebagai dugaan hidup yang perlu diharungi.

"Penyakit parkinson telah membuatkan saya banyak berfikir, tubuh badan saya telag banyak berubah sampai saya sendiri tidak menyedarinya.

"Namun saya sentiasa berpesan pada diri sendiri yang penyakit ini telah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

"Saya sangat menghargai setiap hari saya di muka bumi ini bersama keluarga dan rakan-rakan, ini semua bukan perkara sia-sia," ujarnya pada Ogos lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram