'Doakan saya', Puteri Sarah fail perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur


  • Hiburan
  • Isnin, 16 Jan 2023

Puteri Sarah (tengah) ditemani ahli keluarga tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.

PELAKON, Puteri Sarah tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dengan mengenakan pakaian serba hitam sambil ditemani ahli keluarga untuk memfailkan penceraian pada Isnin.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, dilihat tenang dan sempat melemparkan senyuman turut mengatakan dia bersemangat untuk hadir ke mahkamah.

"Saya bersemangat pada hari ini. Doakan Sarah," katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah pada Isnin.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Sarah bagi menfailkan permohonan cerai.

Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dengan pasangannya, Syamsul Yusof hangat diperkatakan sejak 2021, namun Sarah sebelum ini mengakui rumah tangga mereka mula bermasalah sejak empat tahun lalu.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 serta mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah 4.

Syamsul kemudian mengesahkan dia berkahwin dengan pelakon Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand awal Januari lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram