ISU nusyuz kini hangat diperdebatkan di media sosial apabila selebriti terkenal Malaysia, Fattah Amin menepis punca perceraian yang dikatakan tidak benar iaitu dakwaan curang terhadap Fazura.
Perceraian itu difahamkan adalah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak sebelum Fazura membuat kenyataan berkenaan yang didakwa sudah mengaibkan dan mencemarkan nama baik Fattah.
Gara-gara itu, tular pelbagai spekulasi terhadap perceraian mereka itu sehingga ramai warga maya memberi hujahan dan pandangan masing-masing berkenaan punca perceraian mereka.
BACA LAGI: [VIDEO] Ustaz Syamsul Debat kongsi 5 amalan 'power' elak terkena pukau
Polemik Fattah Amin dan Fazura. Sblm ni aku pilih Fazura, ok now pindah jd team Fattah. Bekas suami dah tutup aib sehabis baik.
Bersyukur dpt Fattah utk tak failkan nusyuz. pic.twitter.com/wAVQzVAXzu
— OnlyKojie (@kojie_yama) October 7, 2024
Satu muat naik hantaran di laman X, akaun @kojie_yama berkongsi potongan butiran mahkamah dan meluahkan rasa syukur apabila Fattah tidak memfailkan nusyuz terhadap Fazura.
“Saya sebenarnya juga dah tahu semua benda tapi kita dah setuju untuk tidak membuka aib masing-masing.
"Saya juga dah setuju untuk tidak memfailkan nusyuz. Janganlah buat perkara sebegini nanti malu anak tengok," tulis butiran tersebut.
Bercakap mengenai nusyuz, terdapat beberapa situasi atau sebab yang membolehkan si suami memfailkan nusyuk terhadap seseorang isteri.
Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan topik Irsyad Hukum Siri Ke 359: Adakah Talak Penyelesaian Kepada Nusyuz ada membahaskan situasi-situasi tersebut.
"Berdasarkan Akta 303 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 melalui Seksyen 59 (kuasa mahkamah memerintah nafkah bagi isteri dan kesan nusyuz) adalah sebab-sebab:
(1) Tertakluk kepada hukum syarak apabila mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
(2) Tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah apabila seseorang isteri tidak berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya iaitu antara lain
(a) apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya
(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya
(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.
(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz
Berdasarkan nas serta pandangan para ulama, Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa sabitan nusyuz hendaklah diputuskan oleh mahkamah dan bukan sewenang-wenangnya oleh suami serta mengikut pemerhatiannya sahaja.
"Hal ini kerana dibimbangi berlaku ketidakadilan dan bermudah-mudahan dalam menyabitkan nusyuz isteri tanpa asas yang kuat dan kukuh.
"Sebaiknya aduan dikemukakan kepada mahkamah berserta bukti kerana sifat mahkamah adalah ilzam dan menolak sebarang khilaf.
"Kenyataan kaedah:
حكم الحاكم يرفع الخلاف
Maksudnya: “Keputusan hakim dapat menolak sebarang kekhilafan.”
"Suami hendaklah merujuk permasalahan nusyuz isteri di mahkamah syariah dengan mengikut prosedur undang-undang yang betul.
"Bagaimanapun, suami juga perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna kepada isterinya seperti menyediakan keperluan isteri selagi mana isteri tidak disabitkan nusyuz oleh mahkamah," memetik laman tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram