SAMBUTAN hangat dapat disaksikan pada penganjuran PJ (Petaling Jaya) Half Marathon 2024 yang bermula di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan ribuan peserta menyertai acara pada 18 Ogos itu.
Acara larian yang diadakan buat kali ke-34 itu difahamkan menarik penyertaan sehingga 8,000 orang dari 39 negara.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan MBPJ, peserta luar negara paling ramai hadir dari India dengan 35 penggemar larian marathon menyertai pertandingan itu, diikuti Jepun (28), Singapura dan United Kingdom (18).
BACA LAGI: [VIDEO] Kerja 'gila' pelajar MSU berbaloi, cipta Guinness World Records maraton pakai baju Melayu
BACA LAGI: Pernah kena 'heart attack', pelari maraton negara berjaya takluk Tokyo bawah cuaca 8 darjah Celcius
Larian 1km bertemakan anime turut diadakan pada hari berkenaan. — Facebook/PJ Half Marathon
"Penyertaan semakin menggalakkan di peringkat antarabangsa ini sekali gus membuktikan reputasi PJ Half Marathon kian meningkat, yang sekali gus menarik lebih ramai peserta dari seluruh dunia," tulisnya.
Acara berkenaan merangkumi lima kategori, iaitu larian 30 kilometer (km), 21km dan 10km Terbuka, 5km Fun Run dan larian Fun Run 1km bertemakan anime.
Larian maraton itu bermula pada pukul 3.40 pagi dengan sesi senam aerobik, diikuti pelepasan pelari untuk kategori 30km oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.
Polis Daerah Petaling Jaya turut hadir bagi memastikan kelancaran acara tersebut dengan mereka ditugaskan mengurus lalu lintas untuk mengelak kesesakan pada hari tersebut.
Difahamkan, seramai 100 anggota polis trafik dan 80 pegawai pengutkuasaan MBPJ hadir untuk memastikan keselamatan peserta.
Untuk rekod, PJ Half Marathon 2024 dianjurkan pihak MBPJ dengan kerjasama Puncak Ventures SRA Sdn Bhd dan Persatuan Atlet Para Selangor. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram