LEBIH 30 tahun bertapak dalam industri muzik, kumpulan rock terkemuka dari Amerika Syarikat (AS), Green Day kekal relevan dan diminati di seluruh dunia hingga ke hari ini.
Vokalisnya, Billie Joe Amstrong, 52, merupakan antara penyanyi berbakat yang cukup menghiburkan bukan sahaja di pentas, malah berupaya menghasilkan lagu 'evergreen' yang menjadi siulan ramai.
Wake Me Up When September Ends merupakan antara karya agung penyanyi kelahiran California, AS itu yang berjaya mendapat tempat di hati peminatnya dari serata negara.
BACA LAGI: [VIDEO] Maaf fans Nadeera, guru vokal pilih suara Aina Abdul lebih sihat dan 'healthy singing'
BACA LAGI: Baru berjinak karaoke, Angelina Jolie kesepian hampir setengah abad hidup tanpa ‘kawan makan kawan’
Seolah-olah menjadi identiti dan imej kepada kumpulannya, lagu yang tercipta pada 2003 itu diilhamkan daripada kisah pahit Billie yang kehilangan bapanya pada usia 10 tahun.
Green Day masih aktif mengadakan persembahan selepas lebih 30 tahun dalam industri.
Lirik lagu itu ditulis selepas pemergian bapanya yang difahamkan meninggal akibat kanser pada 10 September 1982.
Billie yang ketika itu baru berusia 10 tahun sukar untuk menerima takdir tersebut dan telah berkurung selama berminggu dalam biliknya akibat terlampau sedih.
Namun, tiada siapa yang tahu bahawa lirik 'Wake Me Up When September Ends' merupakan situasi di mana Billie meminta agar dikejutkan ibunya selepas bulan September berlalu.
'Like my fathers come to pass
Seven years has gone so fast
Wake me up when September ends'
Rangkap lagu di atas turut merujuk kepada insiden kematian bapanya yang dikatakan telah berlalu selama tujuh tahun namun masih bersedih atas kehilangan tersebut.
Saban tahun, lagu itu menjadi bualan ramai terutamanya selepas berlalunya September dan lebih menarik, ia kekal dimainkan di corong radio seluruh dunia.
Sehingga kini, Green Day telah memiliki 14 buah album dan 56 muzik video, sekali gus melayakkan kumpulan itu memenangi sebanyak lima trofi Anugerah Grammy.
Lebih 30 tahun bertapak dalam industri muzik, Green Day kekal mewarnai dunia seni apabila masih aktif mengadakan konsert dan persembahan dengan lagu 'keramat' itu.
Terbaharu, peminat muzik tanah air turut menerima khabar gembira apabila kumpulan punk rock itu disahkan bakal mengadakan konsert buat pertama kalinya di Malaysia pada 18 Februari depan.
Ia merupakan persembahan yang amat dinanti-nantikan terutama bagi peminat yang telah mengikuti kumpulan itu sejak era 1990-an dan akan menjadi sebahagian daripada jelajah mereka di Asia Tenggara, selepas Jakarta, Indonesia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram