PENYANYI hip hop terkenal Amerika Syarikat (AS), Eminem bakal menimang cucu sulung tidak lama lagi selepas mengumumkan perkara itu dalam muzik video lagu baharunya berjudul Temporary.
Lagu itu merupakan sebahagian daripada albumnya, The Death of Slim Shady yang didedikasikan khas buat anak perempuannya, Hailie Jade.
Mula mendirikan rumah tangga pada Mei lalu, Hailie turut muncul dalam klip video tersebut dan menghadiahkan sehelai jersi bertulis 'Atuk' kepada bapanya.
BACA LAGI: Sean Diddy berdepan 100 tuduhan serangan seksual
BACA LAGI: Asia setanding Hollywood, Jet Li tolak tawaran filem The Matrix, enggan seni kung fu ditiru Barat
Berkongsi berita gembira itu di laman Instagram peribadinya pada Jumaat, Hailie memuat naik gambar bersama suaminya dengan kapsyen 'ibu & ayah, 2025'.
Untuk rekod, Hailie merupakan satu-satunya anak kandung Eminem hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Kim Scott.
Terkenal dengan lagu My Name Is pada 1999, kemuncak kejayaan Eminem adalah ketika namanya tersenarai di muzium Rock and Roll Hall of Fame (2022) sebagai penyanyi popular dan berpengaruh dunia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram