'Memang impian berlakon aksi srikandi', Tokti pamer skil memanah, belajar step bertarung menerusi lagu Hikayat


  • Hiburan
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Siti Nurhaliza mempamerkan aksi bertarung ala pahlawan srikandi menerusi muzik video lagu terbaharunya berjudul Magis.

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, 45, atau lebih mesra disapa Tokti meluahkan keterujaannya apabila berpeluang mempelajari seni bela diri dan aksi pertarungan yang sudah lama diimpikannya.

Aksi itu dilakukan ketika menjalani penggambaran muzik video terbaharunya berjudul Magis yang bakal dilancarkan pada 7 Oktober nanti.

Berkongsi video di sebalik tabir pembikinan muzik video itu di laman Instagram pada Jumaat, Siti merakamkan ucapan terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama pihak lain yang membantunya mempelajar aksi melawan ala pahlawan srikandi tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bila lagi giliran saya?', bintang filem Man Laksa kini cef terkenal di New Zealand

BACA LAGI: Versi lebih 'nakal', lagu Herman Tino 'Mengapa Dikenang Mengapa Difikir' dapat sentuhan magis Monoloque

"Terima kasih guru seni pertahan diri, pelakon utama lelaki bersama saya berlawan, pelakon kanak kanak yang hebat dan semua yang terlibat menjadikan muzik video ini lebih menarik.

"Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi, semoga iadapat diterima baik," katanya.

Dalam pada itu, Siti pada Khamis turut memuat naik video pendek (teaser) lagu terbaharunya itu yang turut melibatkan beberapa artis tempatan seperti Mira Filzah, Kamal Adli dan ramai lagi.

Magis bakal dijadikan runut bunyi (OST) drama terbaharu berjudul Hikayat yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran Astro Ceria. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram