Duduk berjam-jam sehari punca Dead Butt Syndrome, gangguan otot di bahagian pinggul


  • Sihat
  • Rabu, 02 Okt 2024

Dead Butt Syndrom, yang dahulunya lebih kerap menyerang atlet, kini menjadi punca utama kesakitan dan ketidakselesaan bagi mereka yang duduk di meja berjam-jam setiap hari.

NAMANYA mungkin kedengaran lucu namun kesan jangka panjangnya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Dead Butt Syndrom, yang dahulunya lebih kerap menyerang atlet, kini menjadi punca utama kesakitan dan ketidakselesaan bagi mereka yang duduk di meja berjam-jam setiap hari.

Nama tersebut merujuk kepada kelemahan serius pada salah satu otot gluteal (punggung) dan gejala awalnya boleh menyebabkan sakit pada otot belakang bawah badan dalam jangka panjang yang boleh menjejaskan kualiti hidup.

BACA LAGI: Awasi jika sering batuk berkahak, berpotensi jadi tanda sakit paru-paru basah

BACA LAGI: Makan brokoli dan kubis bantu turunkan tekanan darah

Dead Butt

Yoga dan regangan boleh membantu mengekalkan bahagian bawah badan fleksibel dan melegakan sakit pinggul.

Tendinosis gluteus medius atau tendinopati gluteal adalah gangguan tendon yang sering menyebabkan sakit pinggul dan merosakkan tisu tendon.

Keadaan tersebut boleh menjejaskan setiap orang namun lebih kerap berlaku pada golongan wanita menopaus serta individu seperti pelari dan penari.

Punca utama masalah tersebut termasuklah tekanan berlebihan akibat aktiviti fizikal, pemampatan akibat kemalangan serta peningkatan berat badan atau obesiti.

Namun, kurangnya penggunaan tendon disebabkan oleh gaya hidup yang tidak aktif adalah faktor yang paling utama dan pengesanan dan pengurusan awal adalah penting untuk mengatasi masalah terbabit.

Gejala tendinopati gluteal yang paling biasa adalah sakit pinggul sederhana yang boleh hadir dalam pelbagai situasi seperti berjalan, mendaki atau berbaring.

Tapi tahukah anda, tanda yang membimbangkan adalah jika sakit pinggul dirasakan setiap pagi ketika bangun dari katil.

Diagnosis tendinopati berkenaan memerlukan penilaian oleh penyedia penjagaan kesihatan, yang mungkin mencadangkan pemeriksaan lanjut seperti MRI (pengimejan resonans magnetik) atau ultrabunyi untuk menilai keadaan kawasan yang terjejas.

Pengesanan awal dan penilaian yang tepat adalah kunci untuk pengurusan yang berkesan.

Dead Butt Syndrome

Sesi terapi fizikal diperlukan untuk menguatkan otot dan meningkatkan fleksibiliti.

Menurut Klinik Cleveland, gejala yang paling biasa adalah sakit pinggul sederhana.

Kesakitan itu mungkin muncul semasa berjalan di tangga, mendaki, berbaring di sisi, duduk untuk tempoh yang lama atau berdiri dengan sebelah kaki.

Satu tanda yang membimbangkan ialah jika anda mula merasakan sakit pinggul semasa bangun dari katil setiap pagi.

Tendinopati gluteal boleh didiagnosis melalui penilaian simptom oleh penyedia penjagaan kesihatan, yang mungkin mencadangkan MRI atau ultrabunyi untuk memeriksa kawasan yang terjejas.

Tendinopati gluteal jangka panjang boleh menyebabkan masalah serius seperti sakit kronik dan tanda-tanda penuaan awal.

Keadaan itu boleh mempengaruhi kualiti hidup, termasuk tidur dan kesejahteraan harian. Namun, terdapat pelbagai langkah pencegahan yang boleh diambil.

Antaranya menghindari aktiviti berulang yang memberi tekanan pada pinggul, mengambil rehat semasa bersenam, serta menguatkan otot dengan mengangkat berat adalah penting.

Selain itu, melakukan yoga dan senaman regangan, serta mengekalkan postur yang baik semasa duduk, juga boleh membantu.

Dr. Trasolini menekankan bahawa rutin bergerak secara berkala, seperti bangun dan berjalan setiap 30 minit, adalah langkah berkesan untuk mengurangkan simptom dan meningkatkan kesihatan bahagian bawah badan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram