[VIDEO] Kad merah Bruno Fernandes ditarik balik, kembali perkuat Man United jumpa kelab Top 5 EPL


  • Podium
  • Rabu, 02 Okt 2024

Fernandes dilayangkan kad merah selepas dikesan mengasari James Maddison ketika kekalahan 0-3 kepada Tottenham Hotspur di Old Trafford.

BERITA baik buat penyokong Manchester United apabila kapten pasukan, Bruno Fernandes terlepas daripada penggantungan tiga perlawanan selepas layangan kad merah ke atasnya ditarik balik.

Sebelum ini, Fernandes dilayangkan kad merah ketika kekalahan 0-3 kepada Tottenham Hotspur di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dikesan mengasari James Maddison pada minit ke-42.

“Bruno Fernandes boleh beraksi untuk Manchester United dalam tiga perlawanan akan datang selepas rayuan diterima,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Dengan penggantungan tersebut dibatalkan, pemain tengah Portugal itu kini boleh beraksi kembali menentang kelab di tangga kelima EPL, Aston Villa pada 6 Oktober nanti.

BACA LAGI: Syamer Kutty beri amaran awal kepada Sri Pahang, tekad jinakkan Tok Gajah demi raih kemenangan

BACA LAGI: 'Berjaya tewaskan Shanghai bermakna JDT sedia jadi pencabar', Jordi Amat waspada 'set piece', ketinggian lawan

Fernandes sepatutnya terlepas aksi menentang Villa pada Ahad, Brentford dan West Ham United namun rayuan Man United diterima dan penggantungan itu dibatalkan.

Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford pada Ahad, Man United terpaksa menelan pahit apabila dibolosi dengan tiga jaringan yang dihasilkan oleh Brennan Johnson, Dejan Kulusevski dan Dominic Solanke.

Selepas kekalahan kepada Tottenham, United kini berada di tangga ke-13 dengan meraih tujuh mata selepas enam perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram