PENANG Black Panthers sudah menunjukkan kebersediaan untuk mengharungi cabaran kumpulan maut dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Perak yang akan membuka tirai pada 9 Oktober nanti.
Kelab dari Pulau Pinang itu yang diundi dalam Kumpulan D bersama juara Grand Prix Terengganu dan Selangor, Kuala Lumpur (KL) Thunder dan ATM Guardians dilihat tidak tertekan dengan jadual peringkat kumpulan itu.
Pengurusnya, Mohd Hasnul Hadi Abdul Rashid berkongsikan tahap persiapan anak-anak buahnya yang kini berjalan dengan lancar menjelang aksi yang akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.
BACA LAGI: Isu pengadilan 'berjangkit' ke sepak takraw, fans harap GP Perak bukan reff sama di Terengganu
BACA LAGI: STL 2024: Pemergian import Kelantan, perang mulut jurulatih antara 3 kejutan GP Terengganu
Penang Black Panthers tewas gagal mengekang serangan PDRM Defenders apabila tewas dua set.
"Sebagai pasukan underdog kita akan hadap semua pasukan-pasukan yang ada ni, tidak kiralah kuat tak kuat pun, macam mana pun kita kena lawan.
"Tapi saya rasa saingan kali ini di GP Perak lebih mencabar kerana kita berada dalam kumpulan yang paling kuat," katanya kepada Majoriti.
Meskipun berdepan kesukaran dalam GP Perak, Mohd Hasnul berkongsikan persediaan Penang Black Panthers untuk menghadapi kumpulan maut tersebut.
Dalam masa sama, dia turut mendedahkan bahawa dua pemain utama pasukan itu kini mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan.
"Untuk pengetahuan, killer kami, Komkrit Kaewkhamjan ketika ini balik ke Thailand smentara waktu untuk menerima rawatan kerana mengalami kecederaan di GP Terengganu tempoh hari.
"Selain Komkrit, Zaim Razali selaku apit kiri pula sekarang ada di Institut Sukan Negara (ISN) untuk terima rawatan. Meskipun begitu, kami masih menjalankan latihan dengan beberapa pemain yang ada sekarang.
"Bagaimanapun, kedua-dua pemain yang cedera itu dijangka masih berpeluang untuk beraksi menjelang GP Perak nanti," ujarnya.
Penang Black Panthers meraih tempat keempat GP Terengganu selepas tewas kepada PDRM Defenders.
Meskipun dua watak penting Penang Black Panthers itu mengalami kecederaan namun Mohd Hasnol menaruh harapan kepada pemain lain yang dilihat cukup bersedia untuk memberi cabaran.
"Kita tak ada masalah sebab kita ada dua killer muda boleh back up yang boleh main bila-bila masa, tak ada masalah," jelasnya.
Di samping itu, Mohd Hasnol turut berkongsikan mengenai cabaran yang dihadapi oleh pasukannya terutama dari segi perbezaan venue perlawanan.
Menurutnya, perbezaan venue itu memberi kesan kepada prestasi anak-anak buahnya dalam mengekalkan momentum di atas gelanggang.
"Sebenarnya ia memberi kesan juga kepada pemain, contohnya kalau GP Selangor suasana dia lain, pindah pula GP Terengganu pun berbeza juga, jadi cara dia kita akan bergerak dua hari lebih awal untuk membuat latihan, bagi keselesaan di gelanggang.
"Dan apabila Astro dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bagi kita peluang untuk beraksi di atas gelanggang perlawanan, kita akan gunakan peluang itu sepenuhnya untuk membiasakan diri dengan venue tersebut," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram