IRAN telah melancarkan serangan ke atas Israel dengan kira-kira 200 peluru berpandu balistik dilepaskan ke kawasan yang diduduki rejim Zionis.
Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) berkata, serangan tersebut sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas,Ismail Haniyeh, pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dan komander Kor Pengawal Revolusi Islam, Abbas Nilforushan baru-baru ini.
Sebelum ini, tentera Israel mendakwa bahawa Iran telah mula melancarkan peluru berpandu ke kawasan Palestin yang diduduki rejim itu.
BACA LAGI: Tentera Israel dakwa Ketua Hizbullah terbunuh dalam serangan udara di Beirut
Rakaman video dari beberapa bandar di Iran seperti ibu negara Tehran menunjukkan bahawa serangan peluru berpandu telah dilancarkan terhadap entiti Zionis dan mula menyerang sasaran ketenteraan penting dengan puluhan peluru berpandu.
Tehran, Isfahan, Tabriz, Shiraz, Khorramabad, Arak dan lain-lain di seluruh Iran menyaksikan pelancaran misil ke udara.
Dipercayai, Iran turut memberi amaran kepada rejim Israel mengenai tindak balas yang lebih hebat jika ia bertindak balas terhadap serangan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram