PARU-PARU basah adalah istilah yang merujuk kepada pneumonia iaitu radang pada paru-paru yang biasanya disebabkan oleh jangkitan.
Pakar paru-paru di Hospital Mayapada, Dr Naindra Kemala Dew berkata, radang paru-paru adalah jangkitan atau keradangan yang berlaku di kawasan parenkim paru-paru.
Tampil menjelaskan lanjut, Dr Naindra berkata, organ paru-paru memiliki dua bahagian iaitu saluran pernafasan dan parenkim paru-paru.
BACA LAGI: [VIDEO] Pemuda rakam sendiri aksi lompat stesen monorel Bukt Bintang masih bebas
BACA LAGI: Sabari sah dibunuh, suspek mengaku campak mangsa dalam Sungai Padang Terap
Punca pneumonia adalah kerana terdapat jangkitan yang disebabkan oleh patogen seperti bakteria, virus dan kuman.
Jadinya, apakah simptom terjadinya radang paru-paru?
Dr Naindra berkata, salah satu simptom radang paru-paru adalah mengalami masalah batuk.
Walaupun batuk juga boleh terjadi disebabkan oleh penyakit lain seperti asma, namun batuk yang berlaku dalam masalah pneumonia mempunyai ciri-ciri tertentu.
"Batuknya lebih kerap dan biasanya aktif dalam menghasilkan kahak. Jika tidak diatasi dengan baik pada peringkat awal infeksi dan tidak mendapatkan rawatan yang tepat, batuk yang terjadi akan semakin teruk dengan perubahan ketara pada ciri-ciri kahak.
"Yang dulunya kahak berair menjadi lebih tebal... Yang tadinya berwarna putih dan jernih akan bertukar menjadi warna kekuningan yang melekit malah kehijauan.
"Jadinya, terjadinya perubahan dalam kekerapan tempoh batuk, perubahan ciri kahak itu merupakan tanda khusus seseorang miliki masalah radang paru-paru," katanya.
Selain batuk, terdapat beberapa gejala lain yang perlu diberi perhatian.
Antaranya adalah demam, sesak nafas, berasa lemah sehinggakan dalam keadaan yang teruk, selain boleh mengalami masalah pernafasan dan ketidakupayaan untuk bergerak secara aktif. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram