'BERMULANYA janji, untuk lebih menyayangi diri sendiri'.
Demikian janji dibuat pelakon Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada Jumaat.
Memuat naik hantaran di laman Instagram peribadinya, kenyataan itu seolah-olah menggambarkan kesedihan dialami ekoran kemelut rumah tangganya yang dikatakan goyah baru-baru ini.
BACA LAGI: Dulu Apa Celop Toq kini Oh! Makcik, satira sinikal jadi 'makanan' Taiyuddin Bakar bersama Uncure
Beberapa rakan artis lain turut meninggalkan ucapan hari lahir di ruangan komen dan mendoakan agar Fazura tabah serta cekal menghadapi ujian menimpa rumah tangganya.
Dalam pada itu, pelakon cantik manis itu turut berkongsi hadiah sejambak bunga dan ucapan dari suaminya, Fattah Amin di hantaran InstaStory.
"Selamat hari lahir mummy, daddy doakan di hari kelahiran mummy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan ALLAH, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya," katanya.
Fattah memberikan sejambak bunga dan ucapan sempena hari ulang tahun isterinya, Fazura.
Terdahulu, pasangan pelakon terkenal itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura, dua minggu lalu.
Mahkamah walau bagaimanapun menangguhkan kes perceraian mereka ke 7 Oktober depan selepas menerima cadangan baharu daripada defendan yang menginginkan ia diselesaikan secara baik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram