PDRM, LHDN dedah GISBH tidak pernah bayar cukai


  • 112
  • Rabu, 25 Sep 2024

PDRM dengan kerjasama LHDN mendedahkan syarikat GISBH tidak pernah membuat sebarang bayaran cukai.

HASIL semakan pihak polis bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dilaporkan gagal membuat sebarang bayaran cukai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu selari dengan siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

BACA LAGI: [VIDEO] Bapa budak lelaki kena rotan di rumah amal GISB buat laporan polis

BACA LAGI: [VIDEO] Seramai 13 budak GISB pernah diliwat — KPN

"Ini dikesan hasil kolaborasi siasatan PDRM bersama LHDN yang mendapati GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan.

"PDRM menyeru masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan babit GISBH ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, beberapa premis niaga rangkaian milik GISBH dipercayai menukar logo miliknya untuk mengelak daripada ditahan polis.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya telah mengesan beberapa premis yang dipercayai membuat perubahan pada logo supaya tidak dikaitkan dengan GISBH.

Beliau pada masa sama turut mengingatkan agensi penguat kuasa Islam Negeri Sembilan supaya memantau kesemua pusat tahfiz dan madrasah bagi memastikan mereka tidak melanggar undang-undang Islam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram