Segera dapatkan rawatan, jangan berlengah jika ada tanda kemerahan, cecair mengalir keluar telinga


  • Sihat
  • Selasa, 17 Sep 2024

Jangan berlengah mendapatkan rawatan masalah hilang pendengaran selepas didiagnosis. — TNS

JIKA anda mengalami kehilangan pendengaran secara tiba-tiba atau hanya berlaku pada sebelah telinga, itu mungkin tanda masalah pendengaran yang memerlukan perhatian perubatan.

Menurut Pakar Audiologi di Amerika Syarikat, Stephanie DiSpigno, gejala seperti itu perlu diambil serius dan diperiksa oleh doktor.

Stephanie DiSpigno merawat masalah kehilangan pendengaran dan tinnitus (bunyi berdering pada telinga) serta membantu memberikan alat bantuan pendengaran kepada pesakit.

BACA LAGI: Sudah diisytiharkan darurat, kanak-kanak berisiko tinggi terkena mpox

BACA LAGI: Risiko terbakar, lemas antara punca ada negara haramkan 'baby walker', ibu bapa ambil tahu saranan pakar

ent

Doktor perubatan misalnya pakar ENT boleh menilai sama ada gejala pendengaran berkaitan dengan keadaan perubatan. — Agensi

Beliau berkongsi apa yang perlu diketahui apabila mempertimbangkan untuk berjumpa pakar untuk masalah pendengaran.

1. Perbezaan antara audiologi dan doktor

Audiologi menilai tahap kehilangan pendengaran dan boleh memberikan pilihan rawatan.

Doktor perubatan misalnya pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) boleh menilai sama ada gejala pendengaran berkaitan dengan keadaan perubatan.

2. Kenal pasti tanda-tanda merah

Dapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami cecair keluar daripada telinga, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba atau hilang pendengaran.

Situasi bunyi berdering yang hanya berlaku di sebelah telinga juga merupakan perkara yang harus diberi perhatian dan mendapatkan rawatan.

Masalah keseimbangan juga boleh menjadi tanda masalah telinga yang memerlukan perhatian perubatan.

3. Jangan berlengah

Ramai pesakit menunggu bertahun-tahun selepas diagnosis masalah hilang pendengaran sebelum mendapatkan rawatan, katanya.

Kehilangan pendengaran boleh menyebabkan rasa sedih dan kebimbangan mengenai penuaan.

Namun, kemajuan dalam pilihan rawatan membolehkan pesakit untuk kembali menikmati kualiti hidup dengan cepat.

“Apabila mereka sedar kehilangan pendengaran mempengaruhi kualiti hidup mereka, mereka akan bertindak mendapatkan rawatan,” tambah DiSpigno. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram