PERNAHKAH anda mendengar mengenai satu kisah telaga misteri yang dikatakan boleh memanjangkan umur seperti yang tertulis dalam al-Quran?
Yang menariknya, air telaga yang dikenali sebagai Ma'ul Hayah (air mata kehidupan) itu dikatakan memberikan kehidupan abadi kepada sesiapa yang meminumnya dan menjadi tumpuan dalam banyak riwayat.
Air telaga tersebut diminum oleh Nabi Khidir pada seketika dahulu dan masih hidup sehingga kini menurut para ulama.
BACA LAGI: [VIDEO] Kiamat makin dekat, Daryl Goch lokasi sebenar munculnya Yakjuj Makjuj?
BACA LAGI: Bentang sejadah buat guru berjalan, agama Islam tak ajar hormat sampai taasub
@mohamadfaizcheothman #ustazaunimohamed #ustazauni ♬ original sound - Mohamad Faiz Che Othman - SERDAN outfit.co
Apakah rahsia di sebalik air telaga tersebut dan dianggap sebagai kunci umur yang panjang?
Dalam satu video ceramah oleh Ustaz Auni Mohamed mengenai topik ‘Panjangnya Umur Nabi Khidir selepas Meminum Air Ma'ul Hayah’, beliau menjelaskan terdapat riwayat yang lemah menyatakan bahawa Nabi Khidir dikurniakan umur yang panjang disebabkan oleh kepercayaan ibunya.
Menurut Ustaz Auni, ibunya percaya bahawa jika bintang-bintang tertentu dilihat pada malam hari dan pasangan suami isteri bersama pada malam tersebut, anak yang dilahirkan akan dikurniakan umur yang panjang.
"Riwayat ini menyebut bahawa Khidir dikatakan lahir kerana malam bintang-bintang tersebut dan ini menjadi salah satu sebab mengapa beliau dianggap memiliki umur yang sangat panjang.
"Kepercayaan ini berasaskan idea bahawa melihat bintang pada malam berkenaan boleh memberi berkat dan panjang umur kepada anak yang bakal dilahirkan.
"Namun, perlu diingat bahawa riwayat ini tidak mempunyai bukti yang kukuh dan tidak boleh dijadikan asas yang sahih dalam membuktikan umur panjang Nabi Khidir secara mutlak.
“Terdapat riwayat yang lebih meyakinkan menyebut bahawa umur panjang Nabi Khidir disebabkan beliau meminum air Ma'ul Hayah iaitu air kehidupan yang dicari bersama Raja Iskandar Zulkarnain,” katanya.
Menurutnya, Nabi Khidir dikatakan menemui air itu terlebih dahulu dan meminumnya lalu memberikan beliau kehidupan yang kekal abadi.
"Beliau hanya akan mati apabila memohon kepada ALLAH untuk mati.
“Dipercayai untuk memasuki kawasan Ma'ul Hayah, tentera Zulkarnain perlu menaiki kuda betina yang masih dara kerana kawasan itu dipenuhi kabus tebal.
“Ini kerana, hanya kuda betina yang masih dara dapat melihat dengan jelas," kata Ustaz Auni.
Tegasnya, tiada kesahihan mengenai perjalanan Nabi Khidir dan juga Raja Zulkarnain dapat dipastikan sepenuhnya sehingga kini.
Terdapat riwayat menyatakan Nabi Khidir menemui terlebih dahulu air kehidupan yang dicari bersama Zulkarnain. — Agensi
Menurut satu kajian Arab yang dipetik dari portal Ghayb, Imam Nawawi dalam ulasan penulisannya Sahih Muslim menyatakan bahawa majoriti ulama percaya Nabi Khidir masih hidup dan berada dalam kalangan kita.
"Imam Ibn Kathir, pengkaji Arab menambah bahawa Nabi Khidir masih hidup dan pernah minum air kehidupan bersama Zulkarnain.
"Walau bagaimanapun, hidup abadi tidak sama dengan hidup selamanya kerana al-Quran menyatakan bahawa setiap jiwa pasti merasai kematian.
"Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai apabila Khidir akan mati sama ada selepas dibunuh oleh Dajjal, selepas al-Quran diangkat atau pada akhir zaman.
"Begitu juga, terdapat perbezaan mengenai berapa lama Khidir hidup sama ada sebelum atau selepas zaman Nuh.
"Imam Al-Barzanji dan Imam Ibn Hajar al-Asqalani, merupakan ulama menyatakan Khidir termasuk dalam senarai sahabat Nabi.
"Hadis menyebut Khidir akan menjadi syahid terbaik di sisi ALLAH apabila Dajjal membunuhnya menunjukkan pertembungan itui adalah ujian besar bagi Dajjal.
"Imam Ibn Kathir juga menjelaskan bahawa Nabi Khidir hadir pada pengebumian Nabi Muhammad dan pernah bertemu Ali bin Abi Talib.
"Shaykh Ibn Taymiyyah menjelaskan bahawa Khidir masih hidup tetapi tidak menerima wahyu selepas Nabi Muhammad tanpa menjejaskan keyakinan bahawa Khidir masih ada,” memetik Ghayb.
Terdapat juga kajian yang menyokong kepada teori itu, menganggap Nabi Khidir sebagai seorang yang memiliki ilmu ghaib dan memiliki kehidupan abadi, menurut penulisan dailysabah.
Penulisan tersebut menjelaskan dalam surah al-Kahf, Khidr diperkenalkan sebagai seorang yang memiliki ilmu dan hikmah yang tidak dimiliki oleh manusia biasa.
“Nabi Khidir dikaitkan dengan pencarian dan penemuan air kehidupan yang memberikan kekuatan dan umur panjang kepada mereka yang meminumnya.
"Dalam tradisi Sufi, Nabi Khidir dianggap sebagai pembimbing rohani yang memberikan ilmu dan bantuan kepada mereka yang mencarinya.
"Sufi percaya bahawa Khidir mempunyai peranan penting dalam memberikan petunjuk ilahi dan menolong mereka yang dalam pencarian kebenaran.
"Imam Rabbani Ahmad al-Faraqi menyatakan bahawa Khidir merupakan pusat ilham ilahi dan sesiapa yang merasai setitis air dari mata air kehidupannya akan mencapai kebahagiaan kekal.
“Nabi Khidir bersama sepupunya, Raja Zulkarnain berpisah semasa perjalanan mencari Ma'ul Hayah.
“Beliau berjaya menemui air mata kehidupan manakala Raja Zulkarnain tidak berhasil dan akhirnya meninggal dunia," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram