[VIDEO] Bon Jovi jadi hero, berjaya pujuk wanita saat sibuk buat muzik video


  • Benua
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Orang ramai memuji tindakan Jon Bon Jovi kerana berjaya memujuk wanita itu agar tidak terjun dari jambatan berkenaan. — Media sosial

TINDAKAN legenda rock, Jon Bon Jovi yang berjaya memujuk dan menyelamatkan seorang wanita daripada terjun di tepi jambatan di Nashville, Tennessee pada Selasa raih tumpuan warganet.

Rakaman video yang dikongsi oleh Jabatan Polis Metropolitan Nashville memaparkan seorang wanita berpakaian biru di tepi jambatan pejalan kaki Seigenthaler bertindak hendak terjun dari jambatan itu.

Bon Jovi dan kumpulannya menghampiri wanita berkenaan ketika berjalan di jambatan tersebut, menerusi hasil rakaman video.

BACA LAGI: Tak sempat pandu kereta hadiah anak, bapa maut lepas cabut 23 batang gigi di China

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal penjual makanan goreng, gadis sunti Sumatera ditemukan ditanam tanpa seurat benang

Wanita berbaju biru berkenaan dilihat memegang pagar sambil berdiri di atas sisi jambatan terbabit.

Media antarabangsa melaporkan Bon Jovi pada ketika itu sedang menjalankan aktiviti penggambaran video muzik.

Menerusi video berdurasi 1.04 minit itu, Bon Jovi bertindak mendekati wanita itu lalu menariknya ke tempat selamat.

Dia dan rakannya dilihat sedang menenangkan wanita itu dengan mengusap belakang dan kemudiannya memeluk erat.

Difahamkan, Bon Jovi sedang merakam video muziknya "The People's House" di atas jambatan terbuka ketika kejadian itu berlaku.

Walau bagaimanapun, bintang rock itu enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu kerana menghormati privasi wanita berkenaan yang mengalami masalah dan memerlukan sokongan.

Sementara itu, polis Metropolitan Nashville memuji tindakannya yang berjaya memujuk wanita berkenaan dari melompat terjun jambatan.

"Pujian kepada Jon Bon Jovi dan tindakan murninya di Nashville menyelamatkan wanita.

“Kita semua memerlukan bantuan untuk memastikan satu sama lain selamat,” kata ketua polis Nashville, John Drake menerusi media sosial. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram