Teknologi semburan baharu, tampal jalan berlubang sepantas 15 minit


  • Primer
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Teknologi Jetpatcher bakal digunakan untuk mengatasi masalah jalan berlubang di Selangor. — The Star/KK SHAM

SATU teknologi semburan baharu dilihat mampu untuk menyelesaikan proses penurapan jalan dengan lebih cepat.

Teknologi yang dikenali sebagai Jetpatcher itu mampu untuk membantu proses membaiki jalan berlubang dalam masa 15 minit.

Menurut Exco Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor, Izham Hashim, teknologi yang bernilai RM1 juta dari United Kingdom itu akan menggantikan proses tradisional yang lebih memakan masa.

BACA LAGI: Pengguna boleh nikmati tempoh perkhidmatan percubaan DRT di Air Itam-Farlim sehingga Oktober depan

BACA LAGI: Ops Longkang dan Parit di Johor Bahru bakal diperluaskan ke daerah lain — PBT

"Ia mengambil masa 15 minit menggunakan teknologi Jetpatcher, yang merupakan empat, lima kali lebih pantas berbanding cara konvensional.

"Sebelum ini, kami pecahkan jalan dan tuangkan campuran sejuk dan panas ke atas jalan secara manual. Sekarang, teknologi ini mempunyai kapasiti campuran 2.5m³ yang boleh menampal 80 lubang," kata Izham.

Menurut Izham, buat masa sekarang seramai 15 pegawai sedang dilatih untuk menggunakan teknologi tersebut.

Jetpatcher mengekalkan campuran panas pada suhu 45 darjah Celsius mampu menghasilkan hasil turapan lebih baik di permukaan jalan.

Dia juga berkata, teknologi tersebut lebih mesra kos dan prosesnya lebih muda berbanding teknik konvensional yang dilakukan sebelum ini.

Penggunaan Jetpatcher akan dimulakan di kawasan Kuala Selangor memandangkan di sana lebih memerlukan tindakan segara dalam membaiki jalan.

"Kami akan gunakan teknologi ini di Kuala Selangor yang lebih memerlukan pembaikan jalan. Prosesnya lebih mudah dan jimat kos berbanding cara terdahulu.

"Ia juga mempunyai pelepasan karbon yang lebih rendah, menjadikannya lebih mesra alam.

"Kami masih menguji Jetpatcher pada masa ini, dan jika ia berfungsi dengan baik, kami akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bilangannya," katanya. — The Star/JAROD LIM/KENJI NG KEN LIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram