Ganti tidur di hujung minggu bantu kurangkan risiko masalah jantung


  • Sihat
  • Sabtu, 14 Sep 2024

Mengimbangi masa tidur pada hujung minggu boleh mengurangkan kesan negatif akibat kekurangan tidur. — dpa

INDIVIDU yang sering mengalami masalah tidak cukup tidur dan cuba mengimbangi masa tidur di hujung minggu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang menggantikan masa tidur pada hujung minggu selepas mengalami tidur yang kurang sepanjang minggu berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 20 peratus.

Data daripada lebih 90,000 orang di United Kingdom menunjukkan bahawa tidur lama pada hujung minggu boleh mengurangkan kesan negatif terhadap masalah kekurangan tidur.

BACA LAGI: Normah Damanhuri bersengkang mata belajar kecek Kelate demi Jogho

BACA LAGI: 'So many medical error', doktor kritik drama tempatan gara-gara ultrasound lipas dalam perut

97DB24D4-E8B7-4AD3-AFF2-F71B59B185AE

Kajian mendapati tidur lama pada hujung minggu boleh mengurangkan risiko masalah jantung sehingga 20 peratus. — Agensi

Hasil kajian yang dibentangkan di Mesyuarat Tahunan Persatuan Kardiologi Eropah pada 30 Ogos hingga 2 September 2024 menunjukkan bahawa mereka yang mengganti tidur pada hujung minggu mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih rendah.

Hal tersebut adakah lebih rendah berbanding mereka yang tidak melebihkan waktu tidur pada hujung minggu.

Kajian itu melibatkan data daripada 90,903 individu dalam projek UK Biobank dengan hasilnya mendapati seramai 19,816 daripadanya dikategorikan sebagai kekurangan tidur.

Selepas 14 tahun, mereka yang tidur lebih banyak pada hujung minggu (antara 1.28 hingga 16.06 jam) mempunyai risiko penyakit jantung yang 19 peratus lebih rendah berbanding mereka yang tidur paling sedikit, menurut hasil kajian tersebut.

Kajian tersebut mengingatkan orang ramai bahawa tidur lebih lama pada hujung minggu tidak boleh menggantikan tidur malam yang baik secara konsisten.

Hal tersebut mungkin membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Penyelidik juga menekankan kepentingan mendapatkan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur setiap malam sebaiknya untuk kesejahteraan keseluruhan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram