[VIDEO] Angkara panik dan kelaparan, 5 pendaki wanita menangis tersesat di Gunung Muria


  • Tular
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Gunung Muria, lokasi lima wanita Indonesia tersesat pada Rabu. — Agensi/detikcom

TULAR satu video memaparkan lima wanita yang dikatakan sesat selepas mendaki Gunung Muria di Jawa Tengah, Indonesia pada Rabu.

Video itu sempat dirakam individu yang menjumpai mereka di lokasi kejadian sebelum dimuat naik menerusi laman X (Twitter).

Menerusi klip berdurasi 1.17 minit itu, kelima-lima wanita tersebut semasa dijumpai di lokasi kelihatan menangis kelaparan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Perodua Viva hitam ‘menghilang’ lepas jadi punca kemalangan maut penunggang 'superbike' di JB

BACA LAGI: Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang

Video tersebut mula tersebar di media sosial termasuk di akaun Facebook Lintas Berita Jepara bermula Khamis.

Menurut laporan media antarabangsa, lima gadis itu difahamkan sedang mendaki Puncak 29 Gunung Muria dan ingin pulang ke Kabupaten Jepara.

Mereka merancang untuk turun dari Puncak 29 ke Tempur, Jepara namun mereka tersesat dan akhirnya menuju ke kawasan Rahtawu Kudus.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kecemasan BPBD Kudus, Ahmad Munaji berkata, lima pendaki wanita itu tersesat ketika mendaki Gunung Muria pada Rabu.

Munaji berkata, mereka ditemui dalam keadaan selamat di lokasi kejadian.

Menurut Munaji, lima pendaki itu dibawa pulang ke Jepara selepas diselamatkan.

"Mereka mungkin panik, tetapi akhirnya selamat," tambahnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram