Sudah diisytiharkan darurat, kanak-kanak berisiko tinggi terkena Mpox


  • Sihat
  • Isnin, 19 Ogos 2024

Jangkitan cacar monyet (Mpox) boleh merebak melalui sentuhan rapat dengan orang atau haiwan yang sudah dijangkiti.

SEKURANG-KURANGNYA dua negara yang berada di luar Afrika melaporkan kes Mpox selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan jangkitan itu sebagai darurat kesihatan global baru-baru ini.

Satu strain baru virus yang dikenali sebagai clade 1 telah merebak di negara-negara Afrika sejak 2022.

Pada awal tahun ini, dilaporkan bahawa Republik Demokratik Congo (DRC) sedang mengalami wabak penyakit terbesar yang pernah direkodkan dengan puluhan ribu orang dijangkiti sehingga Jun 2024.

BACA LAGI: Hampir tarik diri kehilangan ibu mentua, Dayana Ahmad sebak dinobat juara K2K Idol

BACA LAGI: K2K Idol bukan sekadar cungkil bakat PPR dan PPA, tapi mampu perkukuh industri seni negara

2864919

Jangkitan cacar monyet sudah diisytihar sebagai darurat kesihatan global oleh WHO.

Pada minggu lepas, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) Afrika melaporkan bahawa Mpox kini telah dikesan di sekurang-kurangnya 13 negara Afrika.

Berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, agensi itu berkata, kes meningkat sebanyak 160 peratus dan kematian meningkat sebanyak 19 peratus.

Bagaimana virus tersebut mampu menyerang tubuh seseorang?

Jangkitan Mpox kebanyakannya terkena pada manusia dan haiwan.

Ia tergolong dalam jenis virus yang sama seperti cacar tetapi menyebabkan gejala yang lebih ringan iaitu seperti demam, menggigil dan sakit badan.

Ia juga boleh menyebabkan penyakit yang teruk sehinggakan dalam beberapa kes melibatkan kematian.

Virus ini memasuki tubuh manusia melalui kulit yang rosak atau melalui saluran pernafasan.

Ia kemudian merebak melalui darah yang menyebabkan seseorang mengalami gejala seperti selesema dan mengembangkan lesi pada kulit.

Bagaimanapun, Michael Marks dari London School of Hygiene and Tropical Medicine berkata, para saintis tidak berfikir bahawa Mpox mempunyai kesan secara langsung terhadap sistem imun.

“Semua jangkitan menyebabkan tindak balas dalam sistem imun tetapi kita tidak percaya terdapat kesan jangka panjang pada sistem imun akibat Mpox,” katanya.

Selain itu, pakar perubatan CDC Afrika, Dr Ngashi Ngongo berkata, virus tersebut hanya menyebabkan gejala yang bertahan selama dua hingga empat minggu.

“Ia adalah penyakit. Sama ada anda mendapat kesan yang teruk yang boleh membawa kepada kematian, atau anda pulih dalam dua hingga empat minggu. Segalanya akan kembali normal,” katanya.

photo_6202003737329910514_x

Vaksin mpox merupakan salah satu kaedah merawat pesakit cacar monyet.

Bagaimana Mpox boleh merebak kepada individu lain?

Virus itu mudah merebak melalui sentuhan dengan manusia atau haiwan yang sudah dijangkiti.

Mpox boleh disebarkan melalui sentuhan dengan lesi kulit, sentuhan kulit ke kulit, bercakap ataupun bernafas terlalu dekat dengan individu yang dijangkiti.

Ia juga boleh merebak melalui objek yang tercemar seperti permukaan, tempat tidur, pakaian dan tuala kerana virus itu memasuki organ dalaman tubuh melalui kulit yang rosak, saluran pernafasan, mata, hidung atau mulut.

Bentuk penyebaran yang paling teruk adalah melalui sentuhan kulit ke kulit kerana virus tersebut kekal dapat dikesan pada lesi kulit selama kira-kira tiga minggu.

Bentuk penyebaran sentuhan kulit ke kulit berbeza berbanding penyebaran jangkitan melalui sistem pernafasan kerana dalam kebanyakan kes, virus tersebut boleh dibersihkan dari kerongkong dalam tujuh hingga 10 hari.

Untuk jangkitan di antara seseorang dengan individu lain, virus tersebut biasanya memasuki tubuh melalui gigitan, cakaran atau sentuhan dengan luka pada haiwan yang dijangkiti.

Apakah gejala-gejala bagi seseorang yang mengalami Mpox?

Penyakit ini menyebabkan gejala seperti selesema dan lesi berisi nanah.

Ia biasanya dipandang ringan namun boleh menjadi teruk sehingga membawa maut.

Kebanyakan orang mempunyai simptom yang agak ringan di mana mereka mungkin mengalami demam, sakit otot dan ruam dengan lima hingga 25 lesi.

“Sesetengah orang menjadi lebih sakit dan mereka mungkin mengalami penyakit yang lebih teruk dengan ratusan lesi di seluruh badan,” katanya.

Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk?

Meskipun penyakit itu menimbulkan gejala ringan pada kebanyakan orang, namun, sesetengah individu berisiko lebih tinggi mengalami gejala yang teruk.

“Sebagai contoh, orang yang memiliki human immunodeficiency viruses (HIV) yang tidak dirawat menyebabkan penyakit itu menular secara seksual atau keadaan sistem imun yang lemah juga berisiko tinggi untuk terkena gejala yang teruk.

"Kanak-kanak juga nampaknya berisiko lebih tinggi untuk menghidap Mpox yang teruk,” katanya.

Kanak-kanak berkemungkinan lebih terjejas dengan penyakit Mpox berbanding orang dewasa atas faktor persentuhan.

“Banyak penyebaran berlaku di kawasan yang padat dengan ramai kanak-kanak.

"Kanak-kanak mungkin lebih cenderung berlari-lari dan berlaku sentuhan antara kulit ke kulit dengan individu lain yang mengundang penyebaran.

"Manakala orang dewasa kurang mempunyai sentuhan secara langsung dengan orang lain,” katanya.

Ngongo turut berkata, kanak-kanak juga berisiko lebih tinggi kerana mekanisme sistem imun masih berkembang.

Apakah rawatan yang tersedia untuk strain Mpox ini?

Tiada rawatan semasa untuk mpox tetapi beberapa antiviral medications yang sedang diuji.

“Bagaimanapun, terdapat vaksinasi yang berkesan dalam mengurangkan risiko Mpox.

"Keutamaan perlu diberikan kepada populasi yang paling berisiko di DRC dan negara-negara sekitarnya,” katanya.

“Jika kita boleh memberikan vaksin kepada individu yang berisiko, mereka akan dilindungi daripada jangkitan dan ini akan membantu mengawal penyebaran penyakit ini," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram