Petua mudah buat atlet, elak selalu kekejangan otot


  • Sihat
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Ketegangan otot pada paha boleh berlaku tiba-tiba apabila seseorang mengubah pergerakan semasa bergerak. — Gambar fail

PERNAHKAH anda secara tiba-tiba berasa sakit pada bahagian otot paha selepas mengalihkan pergerakan badan?

Berkemungkinan besar, anda mengalami ketegangan pada otot adductor.

Anda mungkin juga sukar menggerakkan kaki dan berasa sakit atau kekejangan ketika membuka langkah serta mengangkat lutut.

BACA LAGI: Sudah diisytiharkan darurat, kanak-kanak berisiko tinggi terkena mpox

BACA LAGI: Risiko terbakar, lemas antara punca ada negara haramkan 'baby walker', ibu bapa ambil tahu saranan pakar

Sporty beautiful smiling young woman in white sportswear sitting in purna titli, Baddha Kona asana, bound angle, cobbler, butterfly pose, studio full length isolated shot, front view

Meregangkan badan dapat membantu mengurangkan ketegangan otot. — 123rf.com

Pada bahagian tersebut ia mungkin bengkak dan terasa panas.

Kesakitan awal biasanya sekejap, namun pada keesokan harinya boleh bertukar menjadi sakit yang kuat dan kekejangan.

Biasanya, keadaan tersebut pulih selepas pemanasan dan boleh kembali normal selepas aktiviti fizikal.

Masalah itu sering berlaku pada atlet seperti pelari dan pemain bola sepak serta pada mereka yang tiba-tiba mengubah arah pergerakan.

Pemanasan dan penyejukan badan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan ketegangan otot adductor.

Otot-otot adductor di bahagian paha termasuklah adductor longus, adductor brevis, adductor magnus, gracilis, dan pectineus.

Otot adductor longus yang paling kerap cedera terletak di tengah paha dan perlu menanggung kekuatan besar semasa aktiviti sukan.

Menurut kajian 2023, kejadian ketegangan adductor adalah 1.29 kecederaan per 1,000 pendedahan dalam satu penyelidikan terhadap 25 sukan kolej dengan bola sepak lelaki (3.15) dan hoki lelaki (2.47) menunjukkan kadar tertinggi.

Kecederaan tersebut sering berulang iaitu sebanyak 18 peratus dalam bola sepak profesional dan 24 peratus dalam hoki profesional.

Kebanyakan kes ketegangan otot boleh diuruskan dengan berehat sepenuhnya selama 48 jam.

Anda juga boleh menuam ais pada tempat yang cedera dan mengambil ubat tahan sakit jika perlu.

Jika tidak dirawat, kecederaan itu boleh menjadi kronik dan mempengaruhi prestasi serta pergerakan harian anda.

Apabila kesakitan berkurang, cuba beberapa regangan mudah selama 20 hingga 30 saat, berehat dan ulangi secara tiga kali.

Jika kesakitan bertambah teruk selepas regangan, anda digalakkan untuk berjumpa dengan profesional kesihatan. — The Star/ Revathi Murugappan

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram