PIHAK produksi sebuah drama tempatan dikritik oleh pengamal perubatan selepas menunjukkan adegan lakonan yang kurang tepat jika diteliti daripada aspek perubatan.
Menerusi satu hantaran dalam laman X, seorang doktor perubatan, Dr Farra Diana memuat naik babak yang terdapat dalam drama berkenaan.
Adegan tersebut memaparkan mengenai seorang doktor yang tergamam apabila melihat pemeriksaan ultrabunyi atau ultrasound dalam perut pesakitnya mengandungi banyak lipas.
BACA LAGI: [VIDEO] Ramai puji Alif Syukri buat content berfaedah daripada menari bodoh
BACA LAGI: 'It's not about money', kaya bukan ukuran Adira Suhaimi pilih pengganti Datuk Red
Setelah itu, dia menunjukkan laporan ultrabunyi berkenaan kepada doktor yang lain.
Memberi komen tentang isu tersebut, Dr Farra beranggapan banyak proses sebelum ultrabunyi yang sebenarnya akan dibuat oleh doktor sebenar.
"Sangat banyak kesalahan medikal. Bila penerbit mahu belajar? Kalau dalam keadaan terdesak dan pesakit kesakitan tidak adanya doktor sempat nak clueless.
"Vitals (seperti kadar denyutan nadi, kadar tekanan darah) tiada, examination tiada, history (sejarah penyakit) pun tak ambil. Airway, breathing and circulation (ABC) semua tiada. Tiba-tiba terus imbas?" soalnya.
Dr Farra turut menjelaskan keadaan sebenar tentang prosedur ultrabunyi sonografi (USG) abdomen di sisi katil yang sering dibuat oleh doktor bagi mengenal pasti tentang masalah yang dihadapi pesakit.
"Pertama, kena tunjuk bukti yang mereka adalah pengguna USG bertauliah walaupun menguruskan kes kecemasan.
"Daripada pemeriksaan itu boleh dapat diagnosis seperti huge uterus mass, a tubo-ovarian abscess (TOA) dan berkaitan gallbladder stones (batu hempedu)," katanya.
Tidak hanya itu, Dr Farra mendakwa pihak produksi juga khilaf apabila tidak menunjukkan laporan ultrabunyi dengan gambaran lipas di tempat yang logik dalam organ pesakit.
"Kalau ada foreign body atau lipas pun visible in the USG. Sekurangnya letaklah gambar lipas itu dalam usus ke, dalam uterus atau mana-mana organlah. Ini tak.
"Lepas tu lipas bergerak-gerak dalam perut?? Yang banyak bendalir itu?? Tak lemas pula dia??," soalnya lagi.
USG abdomen di sisi katil membolehkan doktor mengenal pasti masalah yang dihadapi pesakit.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Farra berkata, dalam adegan berkenaan dilihat lipas berkeliaran di merata-rata tempat dalam organ yang dianggap sebagai sesuatu perkara yang mustahil.
"Lipas atau apa-apa foreign body 'kalau' dia masuk dalam perut, di USG akan nampak di mana lipas itu, sama ada dalam usus, dalam uterus atau di organ yang masa.
"Tetapi dekat video tunjuk lipas berkenaan jalan-jalan sana sini. Dari lapisan kulit sampai entah mana-mana. Sangat mustahil," katanya.
Dr Farra turut menegaskan bahawa adegan yang mempamerkan istilah yang salah dalam perubatan boleh menyebabkan ramai individu memperoleh fakta salah berkait hal perubatan.
"Saya minta maaf jika dilihat banyak mengkritik. Saya sama sekali tidak tahu ini drama apa, tetapi ibu saya suka tengok drama Melayu.
"Bolehkah awak bayangkan berapa ramai manusia dapat informasi yang salah selepas menonton scene sedemikian.
"Dalam keadaan yang lebih teruk, mereka takut untuk berjumpa dengan doktor kalau ada apa-apa masalah terjadi dalam badan mereka," katanya.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian doktor lain, Add Rahim yang berharap agar pihak produksi di Malaysia mempelajari ilmu berkaitan perubatan daripada doktor sebenar sebelum membuat sesuatu adegan perubatan.
"Dekat Korea dan Amerika Syarikat siap ada doktor di tempat penggambaran yang jadi perundingan perubatan untuk penulis skrip. Cubalah pihak produksi Malaysia ini buka slot sikit bolehlah kita (doktor) buat kerja sambilan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram