ISU membaca al-Quran ketika haid merupakan topik yang sering dibincangkan dalam kalangan umat Islam, memandangkan terdapat panduan khusus dalam syariat mengenai hal tersebut.
Namun, masih ramai sebenarnya wanita di luar sana keliru akan hukum dan pandangan seseorang wanita membaca al-Quran ketika haid.
Sebenarnya apakah situasi yang dibolehkan untuk membaca potongan ayat al-Quran? Dan siapakah golongan tersebut?
BACA LAGI: [VIDEO] Kiamat makin dekat, Daryl Goch lokasi sebenar munculnya Yakjuj Makjuj?
BACA LAGI: Bentang sejadah buat guru berjalan, agama Islam tak ajar hormat sampai taasub
Waalaikumussalam
Wanita haid boleh membaca Al Quran yang telah dihafalnya atau membaca menerusi hatinya dan bacaan hariannya. Dikhuatiri hafalannya akan berkurang jika tidak mengulang.
Inilah pendapat yang dipegang oleh ulama kontemporari seperti Sheikh Bin Baz رحِمهُ اللهُ. pic.twitter.com/NZN1Natbhm
— Nasrullah (@mnasrullah00) August 9, 2024
Perkara itu harus dititikberatkan kerana tidak semua situasi dibolehkan untuk membaca ayat al-Quran ketika uzur mahupun haid itu.
Boleh jatuh dosa sekiranya kita melakukan tidak mengikut panduan Islam yang sebetulnya.
Jadi, memahami panduan tersebut adalah penting untuk memastikan amalan ibadah yang dilakukan selaras dengan syariat dan penuh keberkatan.
Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, wanita yang sedang haid secara asasnya adalah dilarang membaca ayat suci itu termasuk dalam bulan Ramadan bagi menjaga dan memuliakan al-Quran.
Katanya, larangan itu juga meliputi pembacaan teks al-Quran secara lafaz yang terdapat dalam buku-buku agama.
"Namun, wanita haid dibenarkan membaca al-Quran secara dalam hati tanpa melafazkannya dengan mulut," katanya kepada Majoriti.
Tambah beliau, terdapat beberapa keadaan bagi wanita haid dibenarkan membaca potongan ayat al-Quran dengan niat untuk berzikir.
Membaca ayat suci al-Quran dalam buku-buku agama ketika haid juga tidak dibenarkan. — mStar
"Antara potongan ayat yang boleh dibaca adalah seperti membaca tiga surah tiga Qul, ayat Kursi sebagai pelindung diri daripada makhluk halus, al-Ma’thurat, hizib dan seumpamanya," katanya.
Mengupas lebih mendalam, beliau berkata, adalah dibenarkan juga membaca ayat al-Quran bagi situasi wanita yang menghafaz al-Quran.
Hal tersebut kerana ia dibenarkan mengulang hafalannya semasa haid jika perlu untuk memastikan hafalannya tidak lupa kerana tempoh haid yang panjang, ulasnya.
"Ini boleh dilakukan dengan syarat dia berniat zikir, menurut pandangan sebahagian ulama mutakhir dalam mazhab Syafie.
"Namun ia mestilah dengan syarat niatnya adalah untuk zikir dan bukan tilawah," jelasnya.
Beliau berkata, wanita uzur masih lagi boleh melaksanakan ibadah-ibadah lain meskipun dilarang membaca al-Quran.
"Mereka masih boleh melaksanakan ibadah-ibadah lain seperti membaca tafsir, terjemahan al-Quran, doa, berzikir, bersedekah dan sebagainya.
"Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar R.A, apabila Nabi SAW bersabda: "Tidak dibenarkan seseorang yang berjunub atau haid membaca al-Quran" (Riwayat Ibn Majah (639)," tambahnya.
Wanita uzur boleh melakukan amalan seperti berdoa. — Gambar hiasan
Bertanya lanjut apakah amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan ketika uzur, Mohd Izhar Ariff mengesyorkan agar wanita yang berada dalam keadaan uzur boleh memperbanyakkan doa dan zikir.
"Walaupun zikir tersebut merupakan petikan daripada al-Quran, namun ia harus diniatkan semata-mata untuk berzikir atau berdoa seperti membaca Ma’thurat, hizib dan seumpamanya.
"Amalan lain adalah mereka boleh memperbanyakkan sedekah seperti memberi makan untuk orang berbuka puasa.
"Pahalanya diumpamakan seperti orang yang berpuasa.
"Secara umum, membaca al-Quran ketika haid adalah dilarang dan tiada keperluan selain yang disebutkan di atas untuk melakukannya," tegas Mohd Izhar Ariff. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram