
UMUM mengetahui minyak zaitun adalah dianggap baik untuk kesihatan jantung.
Penyelidik dari Universiti Florida menjalankan kajian untuk melihat seberapa banyak minyak zaitun dapat memberikan manfaat.
Dalam kajian yang dipanggil 'Recipe for Heart Health', 40 peserta berisiko tinggi penyakit jantung diberi minyak zaitun extra virgin dalam dua jumlah yang sedikit (kurang daripada satu sudu teh) atau banyak (empat sudu besar) setiap hari.
BACA LAGI: Mahu buat aktiviti larian tapi takut serangan asma, ketahui tip bantu elak risiko kesihatan
BACA LAGI: Alami menopaus tapi masih ada darah keluar, waspada anda mungkin ada simptom kanser rahim
Menurut penyelidik, lemak dari sumber tumbuhan lebih bermanfaat untuk menurunkan kolesterol berbanding hanya bergantung pada minyak zaitun. — Agensi
Selepas satu minggu, mereka menukar jumlah minyak yang mereka ambil dan teruskan selama empat minggu.
Semua peserta juga mengikuti diet berasaskan tumbuhan yang tidak rendah lemak.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan minyak zaitun extra virgin, tidak kira jumlahnya dapat mengurangkan kolesterol LDL yang dikenali sebagai kolesterol buruk.
Walau bagaimanapun, peserta yang mengambil sedikit minyak zaitun tetapi juga mengehadkan daging merah, makanan diproses, gula tambahan dan lemak tepu.
Makanan lemak dari tumbuhan seperti avokado, kacang, biji dan zaitun mengalami penurunan kolesterol LDL yang lebih ketara berbanding mereka yang hanya mengambil banyak minyak zaitun.
Kesimpulannya, penyelidik mendapati bahawa mendapatkan lemak dari sumber tumbuhan lebih bermanfaat untuk menurunkan kolesterol berbanding hanya bergantung pada minyak zaitun.
Penyelidik berhasrat untuk menggunakan data itu untuk menulis lebih banyak artikel mengenai memasak, kualiti diet, mood, dan kualiti hidup. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram