SALAH satu tanda kiamat dalam ajaran Islam adalah kemunculan Yakjuj dan Makjuj, dua kelompok makhluk yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis.
Umum mengetahui, mereka akan muncul menjelang akhir zaman dan menyebabkan kerosakan besar di bumi.
Kehadiran mereka merupakan salah satu dari fenomena peristiwa besar yang menandakan semakin dekatnya hari kiamat.
BACA LAGI: Kain di ampaian kena sihir waktu Maghrib? Ustazah Asmak kongsi cara elok sidai baju di malam hari
BACA LAGI: Pengamal 'childfree' bukan saja rugi di dunia malah akhirat — Pakar Agama
@nota.kuliah Lokasi Sebenar Yakjuj Makjuj #ustazamin #notakuliah #sejarahmelayu ♬ original sound - Nota Kuliah
Makhluk itu dikatakan terkurung di sebalik tembok besar yang dibina oleh Nabi Zulqarnain dan akan dibebaskan.
Namun, lokasinya adalah tidak jelas, tetapi sering dikaitkan dengan wilayah yang jauh di utara atau timur seperti daerah sekitar Daryl Goch yang belum dapat dipastikan secara tepat.
Tidakkah anda tertanya-tanya apa sebenarnya Daryl Goch dan bagaimana keadaan bangsa-bangsa yang tinggal di kawasan tersebut?
Menurut perkongisan Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin mengenai topik Darial Gorge Lokasi Yakjuj Makjuj menjelaskan terdapat sebuah tempat kelompok itu yang dikenali sebagai Daryl Goch.
Menurutnya, Goch' bermaksud jurang yang merujuk kepada tempat itu dikenali sebagai jurang Daryl atau Daryl Goch.
Perkongsian yang dimuat naik oleh akaun nota kuliah itu ada menjelaskan ramai ulama sirah berpendapat bahawa lokasi itu adalah kawasan di mana Nabi Zulqarnain mengepung Yakjuj dan Makjuj.
Tambahnya, setelah melakukan penyelidikan, dia mendapati bahawa bangsa yang tinggal di tempat tersebut adalah bangsa Georgia dengan menggunakan bahasa Georgian.
"Bahasa Georgian adalah bahasa yang unik dan tidak mempunyai persamaan dengan bahasa-bahasa lain.
"Ia tidak termasuk dalam keluarga bahasa Indo-Eropah, Semitik, Slavic atau mana-mana keluarga bahasa Iran.
"Bahasa Georgian adalah bahasa yang tersendiri dan sehingga kini hanya sekitar enam hingga sepuluh juta orang yang menggunakan bahasa ini.
"Inilah yang dikatakan sebagai satu bangsa yang tidak difahami bahasanya, sebagaimana disebut dalam ayat Qur'an, 'Layakadu Nayafkahu Nakaula' yang bermaksud mereka hampir tidak dapat memahami apa yang dikatakan,” katanya.
Georgia adalah lokasi tembok persembunyian Yakjuk dan Makjuk mengikut kajian serajawan Islam. — Ghayb
Sementara itu, menurut satu kajian Arab yang dipetik dari portal Ghayb merungkaikan terdapat hanya satu tembok (lokasi yakjuk dan makjuk) yang memenuhi semua kriteria yang disebutkan dalam al-Quran dan sejarah.
"Tembok tersebut terletak di banjaran gunung Caucasus yang membentuk penghalang semula jadi besar antara Rusia Selatan dan Georgia.
"Tembok tersebut dibina di lembah sempit yang boleh dicapai melalui laluan yang dikenali sebagai laluan Darial terletak di antara dinding batu yang sangat tinggi.
"Banjaran gunung itu sepanjang kira-kira 1200 kilometer, terbentang luas dari Laut Hitam hingga Laut Caspian yang mempunyai ketinggian lebih dari lima ribu kaki,” menurut pengkaji.
Menurut kajian tersebut, ciri-ciri itu sangat serupa dengan gambaran dalam al-Quran mengenai tembok yang dibina oleh Nabi Zulqarnain.
"Laluan Darial adalah satu-satunya laluan sempit yang ada di kawasan demikian yang menghubungkan kawasan utara pergunungan dengan kawasan selatan.
'Sejarah menunjukkan bahawa kawasan itu merupakan laluan utama yang penting dan gunung-gunung di situ menjadi penghalang semula jadi yang sukar dilalui.
"Hal tersebut membuktikan betapa kukuhnya tembok tersebut dan betapa susah untuk mengelilinginya.
"Untuk mengelilingi tembok itu, kelompok Yakjuj dan Makjuj perlu melakukan perjalanan jauh dan sulit yang menyakinkan para pengkaji bahawa tembok itu adalah lokasi yang tepat,” memetik penulisan.
Pengkaji menyatakan banjaran gunung Caucasus yang memiliki kepanjangan dan ketinggian sama seperti ciri-ciri yang digambarkan dalam al-Quran. — Republika.id
Menurut pengkaji, banjaran gunung Caucasus yang memiliki kepanjangan dan ketinggian yang membolehkan menjadi penghalang secara tidak langsung sama seperti dengan pergunungan Alps di Eropah yang melindungi Utara Rom dari pencerobohan.
"Bahasa Georgia adalah bahasa yang dituturkan di selatan pergunungan Caucasus.
"Sejarah ketenteraan dan penempatan di kawasan tersebuti juga menyokong teori bahawa tembok Nabi Zulqarnain terletak di kawasan itu.
"Sebagai tambahan, ahli sejarah Islam seperti Mas’iidi, Istakhri, dan Hamawi mengenal pasti tembok itu dengan laluan Darial atau Derbent di tepi Laut Caspian.
"Seorang sarjana terkenal, Yaqut al-Hamawi menyebut bahawa tembok Darial dibina dengan tembaga cair yang sama seperti gambaran tembok Nabi Zulqarnain.
"Laluan Darial adalah salah satu daripada dua laluan tradisional melalui banjaran Caucasus yang penting dari segi sejarah.
"Penempatan awal di kawasan Derbent bermula pada abad ke-8 SM yang menunjukkan bahawa kawasan itu menjadi lokasi strategik sejak zaman dahulu.
"Kesimpulannya, lokasi tembok Nabi Zulqarnain terletak di kawasan tersebut sesuai dengan semua penjelasan dalam al-Quran dan sejarah.
"Kawasan itu adalah satu-satunya lokasi yang memenuhi kriteria dengan sempurna, membentuk penghalang semula jadi yang besar antara tanah Yakjuj dan Makjuj dan kawasan Arab,” memetik penulisan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram