Akibat perselisihan faham 2 keluarga, pemuda kampung maut ditetak warga asing di Tawau


  • 112
  • Ahad, 01 Sep 2024

Polis menahan suspek (baju hijau) di Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas, Tawau, Sabah pada Ahad.

PERSELISIHAN faham antara dua keluarga berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki maut ditetak di sebuah kampung dekat Tawau, Sabah pada Sabtu.

Laporan kejadian diterima selepas abang mangsa melaporkan pembunuhan itu di balai polis Inanam, Kota Kinabalu, Sabah kira-kira 450 kilometer (km) dari tempat kejadian, sekitar pukul 11.30 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, susulan laporan itu, pihaknya bergegas ke Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas, Tawau dan menemui mayat mangsa dengan kesan tikaman dalam salah sebuah rumah.

BACA LAGI: [VIDEO] Tiga remaja 17 tahun cuba lari pemeriksaan polis di Rawang tiada lesen memandu

BACA LAGI: Kanak-kanak 9 tahun lemas terjatuh longkang di Rawang

“Kita telah menahan suspek warga asing berusia 31 tahun yang bekerja sebagai buruh di sebuah ladang di Kampung Ranggu Cina, pukul 12 tengah hari Ahad,” katanya.

Polis turut menemukan sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.

Mangsa yang berusia 33 tahun, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

"Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa merupakan kenalan dan pergaduhan tercetus akibat pertelingkahan keluarga yang memuncak sehingga menyebabkan pergaduhan," tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Ssuspek akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, dengan permohonan didengar di Mahkamah Majistret Tawau pada Isnin. The Star/SANDRA SOKIAL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram