KANAK-KANAK dan remaja di seluruh dunia mengambil minuman bergula (sugary-sweetened beverage) (SSBs) sebanyak 23 peratus lebih banyak pada 2018 berbanding tahun 1990, menurut kajian terbaharu yang diterbitkan dalam The BMJ.
SSBs didefinisikan sebagai minuman dengan gula tambahan dan sekurang-kurangnya 209 kJ (50 kcal) per 237g sajian.
Pengambilan gula itu termasuklah minuman komersial atau buatan sendiri, minuman ringan, minuman tenaga, jus buah, punch dan lemonade.
BACA LAGI: Mahu buat aktiviti larian tapi takut serangan asma, ketahui tip bantu elak risiko kesihatan
BACA LAGI: Alami menopaus tapi masih ada darah keluar, waspada anda mungkin ada simptom kanser rahim
Elakkan anak-anak mengambil minuman bergula kerana ia boleh menyumbang kepada obesiti. — Children's Medical Centre
Peningkatan pengambilan tersebut seiring dengan kenaikan kadar obesiti dalam kalangan golongan muda.
Diet pemakanan yang tidak sihat khususnya pengambilan SSBs memainkan peranan penting dalam obesiti.
Kajian menggunakan data dari lebih 1,200 tinjauan pemakanan di 185 negara menunjukkan bahawa pengambilan SSBs meningkat purata 0.68 sajian seminggu dari 1990 hingga 2018, dengan kenaikan terbesar di Afrika Sub-Sahara.
Data dianalisis itu diambil dari kanak-kanak dan remaja berumur tiga hingga 19 tahun.
Hasil kajian mendapati pada tahun 2018, pengambilan purata global adalah 3.6 sajian seminggu dengan variasi antara 1.3 di Asia Selatan hingga 9.1 di Amerika Latin dan Caribbean.
Peningkatan tersebut lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang lebih tua, yang tinggal di kawasan bandar dan daripada keluarga berpendidikan lebih tinggi.
Penyelidik menekankan pentingnya langkah-langkah untuk mengurangkan pemasaran SSBs kepada golongan muda dan menyarankan dasar untuk mengurangkan pengambilan SSBs sebagai sebahagian daripada Agenda Pembangunan Lestari 2030 PBB. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram