Kajian dedah bermain ‘video game’ bantu kurangkan tekanan perasaan


  • Sihat
  • Ahad, 01 Sep 2024

Penyelidikan baharu mencadangkan bahawa bermain permainan video boleh meningkatkan kesejahteraan mental. — Dpa/Christin Klose

PERMAINAN video yang dahulunya dianggap sebagai gangguan dan memberi impak negatif terhadap kesihatan kini menemui hasil kajian terbaharu.

Satu penyelidikan dari Jepun menunjukkan bahawa permainan video terutamanya Nintendo Switch atau PS2 boleh mengurangkan kesan negatif terhadap kesihatan mental ketika pandemik Covid-19.

Kajian itu membuktikan bahawa permainan video tersebut membantu dalam perkembangan sosial dan pendidikan kanak-kanak dan remaja.

BACA LAGI: Alami menopaus tapi masih ada darah keluar, waspada anda mungkin ada simptom kanser rahim

BACA LAGI: Mpox: Tiada pelan segera untuk vaksinasi — Timbalan Menteri Kesihatan

img-7557

Permainan video seperti Nintendo Switch merupakan salah satu konsol yang popular. — CNN

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Human Behaviour mendapati bahawa bermain permainan video dapat meningkatkan kesejahteraan mental dan mengurangkan tekanan psikologi.

Penyelidik dari Pusat Ritsumeikan dan Sekolah Perubatan Universiti Hamamatsu menyatakan bahawa permainan video sering dipersoalkan, namun menerusi kajian terdapat manfaat terhadap hampir 100,000 orang dari umur 10 hingga 69 tahun.

"Permainan konsol dapat mengurangkan tekanan psikologi dan meningkatkan kepuasan hidup," menurut hasil kajian.

Namun, terdapat juga kebimbangan mengenai permainan video yang dikaitkan dengan kurangnya kecergasan fizikal, masalah pendengaran, dan risiko keselamatan dalam talian.

Menurut kajian itu, kebimbangan lain tertumpu pada bagaimana permainan dalam talian dimainkan oleh kanak-kanak yang mungkin terdedah kepada risiko dihubungi oleh orang dewasa yang tidak dikenali. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram