Ibu dua cahaya mata konsisten pam susu hingga anak-anak umur 2 tahun


  • Sihat
  • Isnin, 02 Sep 2024

Shu Ling menggunakan alat pam susu sebagai persediaan untuk memerah susu untuk anaknya di tempat kerja. — The Star/ART CHEN

LIEW Shu Ling, wanita berumur 37 tahun itu merancang untuk menyusukan kedua-dua anak lelakinya sehingga mereka berumur dua tahun.

Semasa mengandung anak pertama, dia melakukan banyak persediaan termasuk membaca, menghadiri kelas penyusuan, dan menyertai kumpulan Facebook.

Selepas cuti bersalin selama tiga bulan, dia terus mengepam susu hingga dijangkiti Covid-19 semasa anaknya umur sekitar 18 bulan.

BACA LAGI: Alami menopaus tapi masih ada darah keluar, waspada anda mungkin ada simptom kanser rahim

BACA LAGI: Mpox: Tiada pelan segera untuk vaksinasi — Timbalan Menteri Kesihatan

A baby in distress and crying due to illness.

Susu ibu boleh membantu melindungi bayi dan kanak-kanak daripada cirit-birit dan radang paru-paru. — Parenting positive

Selepas itu, dia beralih kepada susu formula kerana anaknya tidak mempunyai masalah dengan formula tersebut.

Anak sulungnya, lahir pada Mei 2020, dijaga dengan cara mengepam susu sementara anak keduanya, kini berusia setahun turut menerima susu ibu kerana alah kepada susu formula.

Selepas 98 hari cuti bersalinnya, pengurus komunikasi dan pemasaran digital jenama di Pusat Perubatan Subang Jaya itu terpaksa mengepam susu ibunya tiga kali sehari semasa bekerja.

Walau bagaimanapun, selepas haidnya kembali sekitar enam bulan selepas bersalin, pengeluaran susu menjadi perlahan dan memerlukan lebih banyak pam untuk mengekalkan pengeluaran yang mencukupi.

Shu Ling mengambil inisatif mengurangkan tenusu dalam dietnya dan berusaha keras untuk meningkatkan pengeluaran susu termasuklah dengan meminum lebih banyak air dan mengambil makanan sihat tertentu.

Walaupun proses tersebut sangat 'tertekan' berbanding dengan pengalaman penyusuan anak pertamanya, dia tetap melakukannya kerana alahan anak keduanya kepada susu formula.

Kini, dia mengepam susu sekali sehari dengan pam tanpa wayar untuk pusat jagaan anaknya dan terus menyusukan anaknya tiga kali sehari di rumah.

Walaupun dia perlu mengorbankan masa tidur, dia mendapati penyusuan lebih mudah berbanding menyediakan dan membersihkan susu formula.

Shu Ling juga mendapati sokongan di tempat kerja yang baik, dengan rakan sekerja memahami keperluannya untuk mengepam susu walaupun dalam mesyuarat atau di pejabat terbuka. — The Star/TAN SHIOW CHIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram