[VIDEO] 'Liputan sambutan Merdeka terbaik', ramai puji usaha RTM walaupun ada kecaman


  • Massa
  • Ahad, 01 Sep 2024

Sambutan Hari Merdeka disambut meriah pada Isnin di Dataran Putrajaya. — The Star/AZHAR MAHFOF

TULAR di media sosial mengenai kecaman berkenaan siaran langsung sambutan Hari Kemerdekaan 2024 menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang disambut di Dataran Putrajaya pada Isnin.

Salah seorang netizen, memuat naik hantaran menerusi laman X (Twitter) bertindak mengecam dan mendakwa pihak RTM tidak memberikan liputan terbaik semasa sambutan Hari Kemerdekaan itu berlangsung.

Dia yang dikenali sebagai kAhmad88 mengkritik pergerakan shot kamera RTM yang seolah-olah tidak memberikan kualiti yang baik.

BACA LAGI: Tak sangka musim buah jadi cabaran, guru SK Tekir tabahkan diri pujuk murid ke sekolah

BACA LAGI: Pelajar lebih mudah kuasai Matematik dan Sains dengan cara buka ruang kreativiti, inovasi

RTM menerusi perkongsiannya menepis kecaman itu dan berkata pihaknya sudah berusaha keras dan bersengkang mata untuk memberikan liputan yang terbaik.

"Merungut dan maki orang memang mudah.

“Sekurang-kurangnya hargailah usaha kami dengan kata-kata yang lebih sopan.

“Kami tidak marah, hanya nak jelaskan, budi bahasa budaya kita,” tulis RTM.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan terima kasih kepada pihak RTM kerana berusaha keras memberikan komitmen yang baik untuk liputan kemerdekaan di Dataran Putrajaya.

“Terima kasih RTM Malaysia dan kerajaan Madani.

“Pertama kali tengok siaran langsung perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2024 secara ‘sukarela’ sejak balik dari United Kingdom 23 tahun lepas.

“Lain macam sambutan patriotik tahun ini,” luah Anuar Aziz.

“Liputan sambutan Kemerdekaan 2024 sangat terbaik, banyak visual cantik yang buat kita teruja tonton televisyen,” komen netizen.

Ada juga netizen yang memberikan komen menyatakan kamera yang digunakan semasa siaran langsung adalah cantik dan jelas.

“Cantik sangat camera RTM, memang nampak jelas sangat.

“Ada satu shot semasa pertunjukan udara semua helikopter, jet pejuang yang lalu di atas bendera malaysia,” komen netizen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram