SIAR: Ketahui kisah silam Ibrahim Din, bintang filem Do Re Mi


  • Hiburan
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Ibrahim Din mula terkenal sejak membintangi filem Do Re Mi. — Agensi

PENONTON filem Do Re Mi sememangnya mengenali bintang popular, Allahyarham Ibrahim Din yang memainkan watak Mi dalam filem berkenaan bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham A. R. Tompel.

Filem Do Re Mi dan Anak Bapak lakonan bersama P. Ramlee antara filem yang berjaya mengangkat nama Ibrahim Din pada zaman kegemilangan perfileman Melayu ketika itu.

Ibrahim Din atau nama sebenarnya Ibrahim Faizal Din dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1929.

Beliau terlibat aktif dalam dunia perfileman pada 1966 dengan membintangi filem pertamanya iaitu Gadis Langkawi.

Selepas itu, Ibrahim Din memainkan watak sebagai Orang Kaya Mi dalam filem Si Jantung Hati yang diarahkan oleh A.R. Badul pada 1986.

Filem ini boleh dianggap sebagai sambungan tidak rasmi kepada filem Nasib Do Re Mi yang dibintangi pada 1966.

BACA LAGI: 'Kalau dah jodoh tak ke mana', gambar Putera Mateen, Dayang Anisha waktu kecil buat ramai tak boleh move on

download (1)

Ibrahim Din terlibat dalam 15 filem melayu sejak tahun 1966.

Sepanjang hidupnya, beliau telah terlibat dalam 15 buah filem melayu bermula pada tahun 1966 hingga ke filem terakhirnya pada 1988 iaitu filem Kembar Siam.

Beliau bukan sahaja mampu menjadi penghibur dan membintangi filem hebat tanah air, bahkan juga memiliki bakat untuk menyanyi dan mencipta lirik.

Allahyarham Ibrahim Din meninggal dunia pada 16 Julai 1996 di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur selepas lama menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram