[VIDEO] 'Semangat nak doa jodoh,' Amelia Christie tak lepas peluang mohon jumpa pengganti Shaarnaz Ahmad di Jabal Rahmah


  • Hiburan
  • Khamis, 18 Jul 2024

Amelia Christie kelihatan tenang sewaktu mengerjakan umrah di Makkah.

BARU-BARU ini, pelakon Amelia Christie Lim banyak berkongsi momen sewaktu berada di tanah suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Menerusi satu hantaran di InstaStory, pelakon Amelia Christie mengakui berada di tanah mulia itu membuatnya berada tenang.

"The peaceful of place, masya-ALLAH,” katanya.

BACA LAGI: 'Tolong jangan buli saya dan cakap bukan-bukan', Zara Zya berjuang lawan penyakit misteri

BACA LAGI: 'Pelawak yang baik tidak perlu terloncat', pesanan Hamid Gurkha buat peminat rindu serindu-rindunya

Tidak hanya itu, Amelia juga mendedahkan bahawa dia mahu memohon kepada ALLAH untuk menemukan cinta sejatinya sewaktu berada di tempat popular yang sering dilawati para jemaah umrah, Jabal Rahmah.

"Semangat nak doa jodoh," katanya sambil memuat naik gambarnya sewaktu mahu menaiki Jabal Rahmah.

Sebelum ini, gadis berusia 24 tahun itu mengesahkan bahawa dia sudah tidak menjalin sebarang hubungan dengan aktor Sharnaaz Ahmad.

Menjengah ke ruangan komen, dilihat ramai netizen termasuk rakan artis mendoakan kesejahteraan Amelia sewaktu berada di tanah suci.

Antaranya, suri hati Shukri Yahaya, Tya Adnan berharap Amelia mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

"ما شاء اللهُ لا قُوة إِلا بِاللهِ.

"Ya ALLAH. lapangkanlah hatinya, berikan kebaikan untuk dia di dunia dan diakhirat. semoga membawa pulang umrah yang maqbullah amelia. Sayang Amelia," katanya.

Seorang pengguna, Noraini Mohamad Hashim pula berasa Amelia terlihat sangat lawa apabila menutup sepenuh auratnya.

"Cantik Amelia menutup aurat dengan sempurna. Semoga istiqamah," katanya.

Seorang lagi pengguna, Hazriynahafiz berharap agar Amelia berasa tenang disudut pemikirannya sewaktu di sana.

"Semoga mendapat ketenangan minda, kelapangan hati dan mendapat umrah yang mabrur," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram