WALAUPUN punca gangguan kesihatan mental kompleks dan sukar ditentukan puncanya, kajian menunjukkan bahawa membesar dalam persekitaran sosial yang stabil boleh memberikan kesan positif.
Penyelidikan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang jarang berpindah mungkin mempunyai risiko kemurungan yang lebih rendah apabila dewasa.
Kajian terbaharu dalam jurnal JAMA Psychiatry mendapati bahawa sering berpindah semasa zaman kanak-kanak dikaitkan dengan risiko kemurungan yang lebih tinggi di kemudian hari.
BACA LAGI: Mahu buat aktiviti larian tapi takut serangan asma, ketahui tip bantu elak risiko kesihatan
BACA LAGI: Alami menopaus tapi masih ada darah keluar, waspada anda mungkin ada simptom kanser rahim
Kajian menunjukkan kekerapan kemurungan lebih tinggi dalam kalangan wanita bagi mereka yang berpindah randah semasa kecil. — Walkingspree
Penyelidik di Denmark dan Britain menganalisis data 1.1 juta orang dan mendapati bahawa kanak-kanak yang berpindah satu kali antara umur 10 hingga 15 tahun adalah 41 peratus berisiko mengalami kemurungan ketika dewasa.
Risiko itu meningkat kepada 61 peratus bagi mereka yang berpindah dua kali atau lebih dalam tempoh lima tahun.
Daripada jumlah individu itu, seramai 35,098 didiagnosis dengan kemurungan yang mana jumlah lebih tinggi dalam kalangan wanita (67.6 peratus).
Penyelidikan itu menekankan pentingnya persekitaran sosial kanak-kanak dan kesannya terhadap kesihatan mental jangka panjang.
Pengarang utama kajian itu, Clive Sabel, profesor data besar dan sains spatial di Universiti of Plymouth berpendapat bahawa berpindah semasa zaman kanak-kanak boleh mengganggu pembangunan sosial dan memerlukan perhatian khusus untuk membantu mereka yang mengalami cabaran tersebut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram