[VIDEO] 'This is Malaysia', ramai rasa meremang dengar murid SJKC rap lagu patriotik


  • Massa
  • Ahad, 01 Sep 2024

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) raih perhatian ramai menyanyikan lagu patriotik, Negaraku dendangan Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir.

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, pelbagai pihak berusaha melibatkan diri dalam menyemarakkan semangat patriotisme menerusi aktiviti dan acara Merdeka bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara Malaysia.

Biasanya, pelbagai aktiviti dan inisiatif kreatif dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah dan juga kebangsaan bagi meraikan hari istimewa itu.

Tidak ketinggalan juga, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang tular baru-baru ini meraih perhatian warganet apabila mereka menyanyikan lagu patriotik, Negaraku dendangan Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir.

BACA LAGI: Bina aplikasi percuma bantu calon SPM ulang kaji pelajaran, pelajar MMU tersenarai kaut ganjaran hampir RM500,000

BACA LAGI: Graduan diploma dari Muar ambil peluang beralih bidang penuhi cita-cita miliki kebun sendiri

Menerusi video klip berdurasi 1.16 minit itu memaparkan empat pelajar yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan menyahut cabaran untuk menyanyikan lagu patriotik sempena Hari Kemerdekaan 2024.

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @jmiin itu meraih pujian ramai kerana menyanyikan lagu rap yang dianggap bukanlah suatu perkara yang mudah.

"Bagi budak yang rap itu gelaran Datuk sekarang.

"Sebijik sebijik dia sebut perkataan itu lagi baik berbanding calon-calon wakil rakyat," salah satu komen gurauan netizen.

Netizen berpendapat nyanyian rap memerlukan fokus cara sebutan yang baik dan betul.

Bukan itu sahaja, nyanyian oleh pelajar berbangsa Cina itu meraih perhatian ramai kerana fasih dalam bahasa Melayu.

"Tahniah adik-adik, bahagian rap itu meremang.

"Power adik-adik ni, this is so good. This is Malaysia.

"They even did the rap one! Power cikgu! Pratice make perfect.

"Semoga jadi generasi penerus masa depan bangsa," komen akaun @bckupacc99.

Terdapat juga warganet yang berpendapat bahawa perkara baik sebegitu perlu diwar-warkan lagi sebagai usaha untuk membuang naratif perkauman yang dilihat semakin membarah dalam rakyat Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram