Pakar biologi pijak ular berbisa lebih 40,000 kali semata-mata untuk kajian sains


  • Sihat
  • Rabu, 21 Ogos 2024

Ular spesies Bothrops jararaca adalah spesies ular yang sangat berbisa di Brazil. — dpa

SEORANG ahli biologi dari Brazil, Joao Miguel Alves-Nunes dari Pusat Penyelidikan Butantan di Sao Paulo menggunakan kaedah yang luar biasa untuk mengkaji patukan ular berbisa.

Dalam eksperimen itu, Alves-Nunes memijak ular Bothrops jararaca, spesies ular berbisa yang memiliki bisa cepat merebak dan sangat berbisa di Tenggara Brazil.

Kajian itu melibatkan lebih daripada 40,000 kali tindakan memijak reptilia itu dengan menggunakan but pelindung yang dibuat khas.

BACA LAGI: Normah Damanhuri bersengkang mata belajar kecek Kelate demi Jogho

BACA LAGI: 'So many medical error', doktor kritik drama tempatan gara-gara ultrasound lipas dalam perut

FILED - Scientists hope to understand snakes better and specifically, why some bite and others do not. Photo: picture alliance / dpa

Para saintis menjalankan kajian bagi mengkaji tingkah laku ular berbisa. — dpa

Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports, memberikan pandangan penting mengenai insiden patukan ular di Brazil, yang menyumbang kepada sebahagian besar daripada 20,000 kes yang dilaporkan setiap tahun di negara tersebut.

Sepanjang eksperimen dijalankan, ular-ular itu tidak dicederakan.

Alves-Nunes dan pasukannya memantau ular-ular tersebut dalam lapangan seluas 2 meter persegi apabila mereka menjalani tempoh penyesuaian selama 15 minit sebelum Alves-Nunes mula menendang ular itu.

"Saya menguji sebanyak 116 haiwan dan memijak setiap seekor sebanyak 30 kali," Alves-Nunes.

Semasa melaksanakan eksperimen yang berlangsung selama beberapa hari, dia memijak secara berhati-hati ular itu sebanyak 40,480 kali.

Dia memaklumkan bahawa tiada patukan yang menembusi but pelindung.

Alves-Nunes sebelum ini pernah dipatuk ular rattlesnake dan didapati mempunyai alahan kepada antivenom dan toksin ular, yang menyaksikan dia dimasukkan ke hospital dalam tempoh lama.

Kajian tersebut mendapati bahawa ular berbisa Bothrops jararaca yang saiznya lebih kecil lebih cenderung untuk mematuk.

Selain itu, ular betina spesies sama secara amnya lebih agresif dan lebih cenderung untuk mematuk, terutama ketika waktu siang.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa ular lebih cenderung untuk mematuk pada suhu yang lebih tinggi, manakala ular jantan lebih suka melarikan diri dan kurang mematuk pada waktu malam.

Penemuan itu mempunyai implikasi penting untuk pengedaran antivenom.

Para penyelidik berharap data berkenaan akan membantu meningkatkan pengedaran antivenom, yang sering diperuntukkan kepada hospital yang lebih besar, sehingga pesakit yang dipatuk perlu melakukan perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan.

Dengan menggabungkan data itu dengan kajian lain mengenai ular berbisa, mereka berharap dapat mengenal pasti kawasan di mana ular lebih cenderung menjadi agresif dan memastikan antivenom tersedia di lokasi yang paling memerlukan.

Hal itu bertujuan untuk meningkatkan tindak balas kesihatan awam, menyelamatkan nyawa, dan mengurangkan beban pada sistem penjagaan kesihatan.

"Sebagai contoh, lokasi yang lebih panas dengan pembiakan ular betina yang lebih tinggi harus diutamakan untuk pengedaran antivenom," kata Alves-Nunes. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram