
PENYELIDIK di Brazil menghasilkan pembuatan roti yang berpotensi untuk mencegah asma, gangguan pernafasan yang menyebabkan kira-kira 350,000 kemasukan ke hospital setiap tahun dalam Sistem Kesihatan Awam Brazil (SUS).
Formulasi roti tersebut, yang kini dipatenkan di Brazil, termasuk Saccharomyces cerevisiae UFMG A-905 iaitu sejenis yis probiotik yang terbukti dapat mengurangkan gejala asma pada tikus menurut jurnal Current Developments in Nutrition.
Penyelidikan itu dilakukan oleh Universiti São Paulo (USP), Universiti Negeri Campinas (UNICAMP), dan Universiti Persekutuan Minas Gerais (UFMG), dengan pembiayaan dari Yayasan Penyelidikan Sao Paolo (FAPESP).
BACA LAGI: Adakah pesakit gagal buah pinggang kronik perlu 'cuci darah' seumur hidup?
Penyelidik Brazil menghasilkan roti yang dibuat menggunakan yis probiotik yang berpotensi untuk memerangi asma. — Gambar fail
Roti tersebut melalui tiga jenis ujian iaitu ditapai dengan yis komersial, yang kedua dengan S. cerevisiae UFMG A-905, dan ketiga dengan S. cerevisiae UFMG A-905 ditambah mikrokapsul yang mengandungi S. cerevisiae UFMG A-905 hidup.
Ujian itu dapat dipertingkatkan dengan mikrokapsul untuk melindungi probiotik semasa proses pembakaran.
Tikus yang diberi makan roti dengan S. cerevisiae UFMG A-905 menunjukkan penurunan keradangan saluran pernafasan dan biomarker asma setelah 27 hari.
Roti yang mengandungi yis dalam mikrokapsul juga menunjukkan pengurangan dalam hiperresponsif saluran udara dan biomarker asma tambahan.
Keputusan eksperimen selari dengan kajian-kajian terdahulu yang menunjukkan kesan positif S. cerevisiae UFMG A-905 dalam mencegah asma.
Profesor Dr. Marcos de Carvalho Borges dari USP menyatakan bahawa mikrokapsul meningkatkan kestabilan dan bioavailabiliti probiotik pada suhu tinggi semasa proses pembakaran.
Walaupun kajian tersebut menunjukkan hasil yang meyakinkan, termasuk keupayaan roti untuk mengurangkan gejala asma pada tikus, terdapat batasan seperti tidak menguji roti dengan yis komersial dan mikrokapsul serta tidak menilai keberkesanan mikrokapsul selepas pembakaran.
Langkah seterusnya adalah untuk membangunkan protokol untuk ujian klinikal bagi menilai kesan roti ini pada manusia.
Dr Borges, percaya bahawa produk itu mempunyai potensi besar kerana roti adalah makanan yang dimakan hampir oleh semua orang termasuk kanak-kanak, dan ia mudah diedarkan serta mempunyai jangka hayat yang baik. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram